awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks Kebebasan Media Dunia 2020: Malaysia di tempat 101, naik 22 mata

Najmi Syahiran Mamat
Najmi Syahiran Mamat
23/04/2020
09:05 MYT
Indeks Kebebasan Media Dunia 2020: Malaysia di tempat 101, naik 22 mata
Malaysia mendaki 22 anak tangga dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 untuk menduduki tempat ke-101. - Gambar RSF
Malaysia mendaki 22 anak tangga dalam indeks tahunan Kebebasan Media Dunia 2020 untuk menduduki tempat ke-101.
Makluman peningkatan ketara itu dikeluarkan oleh kumpulan bukan berasaskan keuntungan Reporters Without Borders (RSF).
Menerusi indeks itu, Malaysia turut mengatasi rakan serantau dalam ASEAN termasuk Indonesia (119), Filipina (136), Myanmar (139), Thailand (140), Kemboja (144), Brunei (152), Singapura (158), Laos (172) dan Vietnam (175).
Menurut RSF, skor Malaysia turun sebanyak 3.62 mata kepada 33.12 pada 2020, dan skor lebih rendah menunjukkan lebih kebebasan media.
Dalam pada itu, RSF, menerusi profil negara, turut menggambarkan kebebasan media Malaysia itu mendapat 'nafas baharu' selepas kekalahan mengejut buat pertama kalinya gabungan parti pemerintah pimpinan Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum pada Mei 2018.
Selain itu, ia turut mengambil perhatian bahawa portal-portal berita yang disenarai hitam seperti Sarawak Report dapat beroperasi semula tanpa bimbang akan diganggu.
Tahun lalu, Malaysia menduduki tempat ke-123 dengan skor 36.74 dalam indeks tersebut.
Untuk rekod, 10 negara teratas dengan ranking terbaik bagi kebebasan media ialah Norway, Finland, Denmark, Sweden, Netherlands, Jamaica, Costa Rica, Switzerland, New Zealand dan Portugal.
Manakala, bagi 10 negara di ranking terbawah pula ialah Korea Utara, Turkmenistan, Eritrea, China, Djibouti, Vietnam, Syria, Iran, Laos dan Cuba.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#freedom of media
#Kebebasan Media Dunia 2020
#Malaysia
#Media bebas
#Najib Razak
#pilihan raya umum
#Reporters Without Borders RSF
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan