awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi

Astro Awani
Astro Awani
03/05/2024
10:14 MYT
Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi
Fahmi memaklumkan pasukannya akan menghadam laporan berkenaan dan beliau menerima laporan RSF dengan hati terbuka. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi akan merangka usaha-usaha yang lebih mapan pada masa hadapan susulan laporan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia jatuh 34 anak tangga ke kedudukan ke-107 berbanding 73, tahun lalu.
Menterinya, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan memaklumkan, pasukannya akan menghadam laporan berkenaan dan beliau menerima laporan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) dengan hati terbuka.
"Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu," katanya di laman X.
Indeks Kebebasan Media: Saya terima laporan NGO Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) ini dengan hati terbuka. Banyak yang perlu dimuhasabah, dalam mengimbangi usaha menjamin kebebasan media dan pada masa yang sama melawan fitnah serta sebaran maklumat palsu. Insya-Allah saya dan pic.twitter.com/Z6pgw1UFSh
— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) May 3, 2024
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174).
Penurunan kedudukan Malaysia antara lain dikaitkan dengan tindakan kerajaan yang proaktif dalam menyekat hantaran atau perkongsian yang menyentuh sensitiviti kaum, agama serta raja, selain kritikan terhadap kerajaan.
Menurut analisis RSF, kerajaan mengenakan tekanan politik yang besar untuk menghalang media daripada menangani subjek sensitif atau mengkritik ahli politik dan pegawai kerajaan.
Topic Berkaitan
#Indeks kebebasan media Malaysia
#Fahmi Fadzil
#Kebebasan media Malaysia turun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan