awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
Azalina bentang Kerangka Akauntabiliti MADANI di CLMM 2026 Fiji
“Melaka Tourism Passport” tawar penjimatan hingga RM268 bagi 63 produk pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/03/2025
08:00 MYT
Individu keluar komen berbaur perkauman di media sosial juga boleh diambil tindakan tegas - KPN
Razarudin (foto) berkata polis akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keharmonian negara terpelihara dan mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial. -Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bukan sahaja individu yang memuat naik hantaran, malah mereka yang mengeluarkan komen berbaur perkauman atau menyentuh sensitiviti agama di media sosial akan turut diambil tindakan tegas tanpa sebarang kompromi.

Ringkasan AI
  • Individu yang memuat naik hantaran atau mengeluarkan komen berbaur perkauman atau menyentuh sensitiviti agama di media sosial akan diambil tindakan tegas tanpa kompromi.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, menegaskan bahawa polis akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keharmonian negara terpelihara dan mengingatkan orang ramai agar bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial.
  • Polis menasihatkan orang ramai untuk melaporkan sebarang kenyataan berunsur hasutan bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan, polis tidak akan sama sekali berkompromi dalam menangani isu itu dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keharmonian negara terpelihara.
"Hentikan segera segala komen atau hantaran yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.
"PDRM akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menggugat keharmonian masyarakat," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Razarudin turut mengingatkan orang ramai agar lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan negara.
Menurut beliau, sejak kebelakangan ini tular di media sosial kenyataan-kenyataan berunsur perkauman yang berunsur provokasi perkauman.
Hantaran itu kata beliau menimbulkan keresahan dengan beberapa siri komen balas terus dibuat sehingga mengeruhkan lagi keadaan.
Polis turut menasihatkan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kenyataan yang berunsur hasutan bagi membolehkan tindakan diambil dengan segera.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#perkauman
#isu sensitiviti
#media sosial
#Razarudin Husain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan