PUTRAJAYA: Kebenaran rentas negeri bagi aktiviti pelancongan juga tertakluk kepada individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
"Anak-anak di bawah umur 18 tahun boleh turut serta (melancong) bersama-sama ibu bapa atau penjaga masing-masing yang telah lengkap divaksinasi," katanya dalam kenyataan hari ini berhubung kebenaran rentas negeri.
Nancy berkata pengumuman kebenaran rentas negeri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, merupakan khabar gembira yang telah lama dinantikan penggiat industri pelancongan bagi merancakkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya tempatan.
Beliau berkata Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyambut baik pengumuman itu melihat ia dapat menjamin kelangsungan hidup pekerja-pekerja dalam rantaian sektor berkenaan, yang telah lama terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
"Saya berharap dengan pelaksanaan pembukaan rentas negeri ini, ia boleh membantu dalam memulihkan kembali sektor pelancongan, seni dan budaya seterusnya dapat membina kembali kekuatan ekonomi negara," katanya.
BACA: Akhirnya! 11 Okt dah boleh rentas negeri
Ismail Sabri pada sidang media khas semalam memaklumkan kerajaan bersetuju membenarkan individu yang sudah lengkap vaksinasi COVID-19 melakukan pergerakan rentas negeri tanpa perlu mendapatkan kebenaran polis bermula hari ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan yang rakyat Malaysia yang lengkap menerima vaksin COVID-19, dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara tanpa 'MyTravelPass' (MTP) Jabatan Imigresen juga berkuat kuasa hari ini.
Bagi memulihkan kembali sektor pelancongan, Nancy berkata salah satu fokus yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Pelancongan oleh MOTAC adalah dengan mengembalikan keyakinan pelancong terhadap tahap keselamatan di sesuatu destinasi pelancongan.
"MOTAC akan berusaha untuk memastikan sektor pelancongan negara mampu menjana semula pendapatan secara berterusan dan akan terus merangka kempen promosi yang lebih agresif dan strategik bagi merancakkan kembali sektor pelancongan negara," katanya.
Nancy berkata pengunjung yang ingin melakukan aktiviti pelancongan digalakkan menjalani ujian pengesanan COVID-19, sebelum memulakan perjalanan.
"Tindakan ini secara tidak langsung dapat membantu kerajaan untuk memutuskan rantaian serta mengawal penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
"Patuhilah segala prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta kementerian dan agensi yang berkaitan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021
Kebenaran rentas negeri bagi aktiviti pelancongan juga tertakluk kepada individu yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri. - Gambar fail/BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Musim raja buah! Penggemar durian 'serbu' Balik Pulau
'Dendam' dua tahun tidak dapat merentas negeri, pesta durian kali ini bertambah meriah dengan kunjungan penggemarnya.
Berhimpun dalam ruang sempit yang jadi masalah, bukan rentas negeri - Dr Noor Hisham
KKM guna kaedah serampang dua mata iaitu pemberian vaksin dan dos penggalak kepada golongan tertentu dan kepatuhan terhadap SOP.
"Kalau boleh elak dulu naik Cameron Highlands, sesak teruk," kata netizen
Ada pengguna, mendakwa dirinya pekerja kesihatan, memaklumkan ramai orang yang baru balik bercuti dari kawasan itu membawa kit ujian yang tertera keputusan positif.
Masyarakat India di Gua Musang giat buat persiapan sambut Deepavali
Biarpun menyambutnya secara sederhana, pesta cahaya diraikan dalam suasana penuh kekeluargaan mengikut norma baharu.
Menyelami keindahan semula jadi Pulau Tuba
Siapa sangka tidak jauh dari Pulau Langkawi iaitu sekitar 5 kilometer dari Jeti Pelancongan Pekan Rabu, terdapat sebuah pulau yang berpotensi menjadi destinasi pelancongan dan dianugerahi dengan pelba
Rentas negeri: pastikan anak kecil dilindungi daripada COVID-19 - Pakar
Dalam keghairahan menikmati kelonggaran itu, perlu diingat bahawa ancaman COVID-19 belum berakhir.
27,059 pelancong kunjungi 14 lokasi di P.Pinang dalam tempoh sembilan hari
Seramai 27,059 pelancong melawat Pulau Pinang bermula pada 11 Okt lepas dengan 14 destinasi pelancongan negeri dikenal pasti menjadi tumpuan ramai.
Kadar penginapan hotel di Johor Bahru, Muar meningkat hingga 80 peratus
Keadaan sama turut berlaku di Desaru Coast dekat Kota Tinggi yang kadar penginapannya mencecah 65 peratus.
Rentas negeri: 1.4 juta kenderaan setiap hari di PLUS sejak Jumaat
Sejak rentas negeri dibenarkan bermula 11 Oktober, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pulang ke kampung dan melancong bersama keluarga.
Cubaan rentas negeri tanpa vaksin gagal, suami isteri sudahnya dikompaun RM2,000
Sepasang suami isteri dikompaun RM2,000 setiap seorang kerana didapati merentas negeri tanpa sijil vaksinasi COVID-19 yang lengkap.