awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu rentung kereta terbabas, terbakar dalam parit

Aida Aziz
Aida Aziz
06/08/2024
00:30 MYT
Individu rentung kereta terbabas, terbakar dalam parit
Mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. - Foto JBPM Perak
TELUK INTAN: Seorang individu yang belum dikenal pasti identitinya rentung setelah kereta jenis Honda City yang dipandu terbabas ke dalam parit lalu terbakar sebanyak 98 peratus.
Kejadian tersebut berlaku di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam, di sini pada jam 10.35 malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dan Bidor digerakkan ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan ia terbakar 98 peratus.
"Terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut. Identiti dan jantinanya tidak dapat dikenal pasti," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.
Setelah itu, katanya, anggota bomba membuat pemadaman dengan menggunakan sumber air dari tangka jentera sehingga kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
Beliau berkata, mangsa yang rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Operasi yang membabitkan kekuatan seramai 12 orang anggota itu tamat jam 12.16 tengah malam.
Topic Berkaitan
#Nahas
#terbabas
#rentung
#terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan