awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu tawar RM10,000 untuk sesiapa berjaya jejak Jamal

Sinar Harian
Sinar Harian
04/06/2018
12:55 MYT
Individu tawar RM10,000 untuk sesiapa berjaya jejak Jamal
Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap kepada Jamal selepas beliau gagal tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan ke atas dirinya.
‘Misteri’ kehilangan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendapat perhatian netizen yang ingin membantu menjejak beliau.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, ada seorang individu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat persembunyian Jamal.
“Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian Ketua Umno Bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis,” tulisnya di laman Twitternya hari ini.
Seorang warga marhaen melalui saya ingin menawarkan ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang mempunyai maklumat sahih mengenai tempat persembunyian ketua Umno bahagian Sg Besar, Jamal Md Yunos yang kini dalam buruan pihak polis.
— LIM LIP ENG (@limlipeng) June 4, 2018
Mahkamah Majistret Ampang telah mengeluarkan waran tangkap kepada Jamal selepas beliau gagal tampil memberikan kerjasama bagi membantu siasatan ke atas dirinya.
BACA: Tangkapan Jamal dan Musa dalam masa terdekat - Muhyiddin
BACA: Polis akan cari Jamal sampai ke lubang cacing
BACA: Jamal Yunos loloskan diri ke Indonesia?
Jamal kini dikatakan telah melarikan diri ke Indonesia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat tentang Jamal di mana-mana balai polis berdekatan.
Sebelum ini, kehilangan Jamal disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jaminnya kira-kira jam 5.30 petang, 25 Mei lalu selepas prosiding pendakwaan yang berlangsung di Wad Premier Hospital Ampang Puteri, kerana Jamal sedang menjalani rawatan masalah sakit belakang.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kepong
#Jamal Md Yunos
#Jamal Yunos
#kehilangan
#Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar
#Lim Lip Eng
#Misteri
#netizen
#UMNO Bahagian Sungai Besar
#warga marhaen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan