JAKARTA: Indonesia sedang membangunkan sebuah lapangan terbang dengan kos 4.3 trilion rupiah (US$270 juta) di Nusantara, ibu negara Indonesia yang terletak di Wilayah Kalimantan Timur di pulau Borneo.
Presiden Joko Widodo, juga dikenali mesra sebagai Jokowi, berkata lapangan terbang baharu itu dijangka mula beroperasi seawal pertengahan tahun 2024, dengan operasi penuh dijangka pada hujung tahun yang sama.
Lapangan terbang baharu itu meliputi kawasan seluas 347 hektar, termasuk landasan berukuran 3,000 x 45 meter yang direka untuk menampung pesawat berbadan lebar.
"Lapangan terbang ini mempunyai terminal seluas 7,350 meter persegi untuk menyediakan perkhidmatan yang selesa kepada penumpang," kata Jokowi pada majlis pecah tanah yang disiarkan secara langsung di media sosial hari ini.
Beliau berkata lapangan terbang itu akan meningkatkan akses dan kesalinghubungan kawasan berkenaan, menjadikannya mudah dihubungkan daripada mana-mana lokasi selain meningkatkan daya saing rantau itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
Presiden Joko Widodo, juga dikenali mesra sebagai Jokowi, berkata lapangan terbang baharu itu dijangka mula beroperasi seawal pertengahan tahun 2024, dengan operasi penuh dijangka pada hujung tahun yang sama. - Sumber foto IG Jokowi
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pintu Gerindra terbuka untuk bekas Presiden Jokowi - Muzani
Pada dasarnya parti politik pimpinan Presiden Prabowo Subianto itu terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertainya.
Kabinet ‘gemuk’ Prabowo perlu buktikan prestasi, bukan sekadar berbahagi kuasa - Pakar
Anggota Kabinet baharu yang diumumkan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto perlu membuktikan prestasi kerja yang jelas kepada rakyat.
PM Anwar ucap tahniah kepada Presiden Prabowo
Anwar turut menyampaikan penghargaan kepada bekas Presiden Joko Widodo atas khidmat beliau selama ini dan mengiktiraf usahanya dalam mengekalkan hubungan baik dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Mendepani cabaran Global: Strategi Prabowo untuk kestabilan dan kemakmuran
Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan Prabowo Subianto menekankan kepentingan peralihan kepimpinan dan menggariskan visinya untuk masa depan negara.
Jokowi, menteri Kabinet luang masa di kafe berhampiran Istana Garuda
Jokowi menjemput beberapa menteri Kabinet meluangkan masa santai menikmati kopi di sebuah kedai di Istana Garuda, Ibu Kota Nusantara (IKN), Kalimantan Timur.
Kelas pertengahan Indonesia menyusut, kemiskinan kekal stabil - Pejabat Presiden
Edy Priyono mengesahkan penurunan kelas pertengahan, namun menegaskan bahawa golongan ini tidak jatuh ke dalam kancah kemiskinan.
Pentadbiran Prabowo tawar pemeriksaan kesihatan percuma mulai 2025
Peruntukan bagi menjayakan program berkenaan dianggarkan sekitar Rp5 trilion (kira-kira RM1.36 bilion).
Lapangan Terbang Nusantara sambut pendaratan sulung Jokowi
Jokowi menggunakan pesawat rasmi yang berlepas dari Pontianak, Kalimantan Barat.
Iriana mohon maaf andai Jokowi lakukan kesilapan ketika pimpin Indonesia
Isteri kepada Presiden Joko Widodo, Iriana Jokowi memohon maaf jika terdapat sebarang kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan suaminya sebagai Presiden Indonesia.
Jokowi puji pasukan keselamatan Indonesia bebaskan juruterbang New Zealand
Presiden Indonesia Joko Widodo memuji kejayaan pasukan tentera dan polis yang berusaha membebaskan juruterbang New Zealand, Phillip Mehrtens daripada menjadi tebusan kumpulan bersenjata Papua.