awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: LADA rancang 50 acara besar, tonjol tarikan asli Langkawi
KKM nafi Klinik Kesihatan tidak lagi terima pesakit 'walk-in'
Sarawak muktamadkan pengambilalihan MASwings
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia hargai bantuan Malaysia setiap kali ditimpa musibah

Bernama
Bernama
04/12/2019
21:09 MYT
Indonesia hargai bantuan Malaysia setiap kali ditimpa musibah
Malaysia akan sentiasa menyokong Indonesia dalam menangani jerebu dan bersiap sedia membantu dan bekerjasama menangani isu kebakaran hutan itu. - REUTERS/Gambar Fail
Indonesia menzahirkan penghargaan kepada Malaysia yang sering membantu negara itu setiap kali ditimpa musibah bencana alam.
Penghargaan itu disampaikan Ketua Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Doni Monardo kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Zainal Abidin Bakar, dalam satu pertemuan di ibu pejabat BNPB pada Rabu.
"Terima kasih kepada Malaysia melalui Duta Besar Datuk Zainal Abidin Bakar kerana telah banyak membantu Indonesia dalam rangka pemulihan atas rentetan kejadian bencana alam yang terjadi pada waktu dua dekad ini.
"Mulai dari bencana gempa dan tsunami di Aceh (tahun 2004), gempa di Padang (2009), gempa di Nusa Tenggara Barat, gempa dan tsunami di Palu (2018) serta kebakaran hutan dan ladang," kata Doni.
Berkenaan isu jerebu akibat kebakaran hutan dan ladang di Indonesia yang turut menjejaskan Malaysia pada Ogos dan September lepas, Doni berkata Indonesia telah melakukan segala-galanya dalam menangani isu itu termasuk bertungkus-lumus dalam operasi memadam, mencegah dan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau syarikat yang sengaja melakukan pembakaran terbuka.
Sementara itu, Zainal Abidin berkata Malaysia akan sentiasa menyokong Indonesia dalam menangani jerebu dan bersiap sedia membantu dan bekerjasama menangani isu kebakaran hutan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bantuan
#bencana alam
#bnbp
#gempa bumi
#Indonesia
#jerebu
#Malaysia
#tsunami
#Zainal Abidin Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan