Skip to main content

Malaysia

Indonesia hasrat pererat hubungan dengan Malaysia selepas 69 tahun hubungan diplomatik

Berbesar hati menerima kunjungan hormat Duta Besar Republik Indonesia ke Malaysia, TYT Raden Dato’ Mohammad Iman Hascarya Kusumo di Wisma Pertahanan._ FB Khaled Nordin
Mohammad Iman berkata, kedua-dua negara telah membina hubungan persahabatan yang erat yang berakar umbi daripada sejarah, budaya dan hubungan kekeluargaan. - Gambar fail/Facebook Khaled Nordin
Advertisement

KUALA LUMPUR: Indonesia berhasrat mempererat hubungan persahabatan dan kerjasama yang telah lama terjalin dengan Malaysia, berlandaskan hubungan diplomatik yang menjangkau hampir tujuh dekad, kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Raden Datuk Mohammad Iman Hascarya.

Beliau berkata, kedua-dua negara telah membina hubungan persahabatan yang erat dan kerjasama kukuh sepanjang 69 tahun lepas, yang berakar umbi daripada sejarah, budaya dan hubungan kekeluargaan yang dikongsi bersama.

“Kami berharap dapat mempererat lagi perkongsian ini dan mewujudkan lebih banyak peluang untuk kedua-dua negara serta rakyat kita,” katanya pada majlis resepsi sempena Hari Kemerdekaan Indonesia ke-81, di sini, pada Jumaat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu.

Duta Besar itu turut menyampaikan ucapan dan salam mesra daripada Indonesia kepada kerajaan dan rakyat Malaysia sempena Hari Malaysia yang disambut awal minggu ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement