awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan

Bernama
Bernama
14/11/2024
23:50 MYT
Indonesia-Malaysia bekerjasama hantar pulang nelayan yang ditahan
Kolonel Tatang berkata, pelanggaran wilayah adalah perkara biasa dalam kalangan nelayan Indonesia kerana kekurangan pengetahuan tentang sempadan maritim dan alat navigasi yang lemah. - Foto BERNAMA
JAKARTA: Pengawal Pantai Indonesia (Bakamla) bekerjasama rapat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk memastikan pembebasan tiga nelayan Indonesia yang ditahan oleh pihak berkuasa Malaysia kerana didakwa menangkap ikan secara haram di perairan Malaysia.
Nelayan itu ditahan pada Sabtu, kira-kira 49 batu nautika di luar pantai Tanjung Payung, selepas memasuki perairan wilayah Malaysia.
"Ketiga-tiga anak kapal, termasuk kapten, kini ditahan di Pusat Tahanan Kapal Miri (PVT)," menurut direktorat kerjasama Bakamla, Kolonel Tatang dalam satu kenyataan.
Beliau menjelaskan, pelanggaran wilayah adalah perkara biasa dalam kalangan nelayan Indonesia kerana kekurangan pengetahuan tentang sempadan maritim dan alat navigasi yang lemah.
"Dengan hubungan kukuh antara Bakamla RI dan APMM, kami berharap isu ini dapat diselesaikan dengan cepat dan nelayan dapat dikembalikan ke Indonesia," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#indonesia-malaysia
#nelayan Indonesia
#APMM
#pelanggaran wilayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan