Industri inap desa negara mencatatkan pendapatan mencecah RM30 juta setahun melibatkan lebih 4,000 pengusaha luar bandar, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi.
Beliau berkata program inap desa yang dimulakan pada 3 Disember 1995 kini mempunyai 208 kluster atau bersamaan 5,620 jumlah bilik.
Menurutnya, kewujudan inap desa di kawasan kampung juga memberi pulangan pendapatan dan melahirkan peluang pekerjaan tetap dalam bidang pelancongan sekaligus mengurangkan penghijrahan golongan muda ke bandar.
"Perkembangan baik industri inap desa dalam negara diharap dapat membantu menjayakan sasaran kedatangan pelancong pada tahun ini iaitu 28.1 juta orang dengan menjana pendapatan RM92.2 bilion.
"Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 juga diteruskan bagi menarik kehadiran 30 juta pelancong dengan menjana pendapatan pelancongan RM100 bilion," katanya dalam ucapan beliau di majlis perasmian Anugerah Inap Desa Cemerlang dan Program Think Tank Homestay Malaysia 2019 di Kampungstay Desa Murni di sini.
Teks ucapan beliau dibacakan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya negeri Pahang Datuk Idros Yahya dan turut hadir ialah Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Inap Desa Malaysia Datuk Sahariman Hamdan.
Sementara itu Idros berkata kursus yang dianjurkan Pertubuhan Pengusaha Inap Desa Malaysia itu bertujuan memantapkan industri inap desa selain menggalakkan pengusaha industri untuk bersaing secara sihat.
Katanya, pihak berkaitan pelancongan komited untuk memastikan produk inap desa dapat dipasarkan ke seluruh dunia kerana memberi peluang kepada pelancong menyelami budaya dan seni masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.
Pada majlis itu 30 pengusaha inap desa dari seluruh negara menerima anugerah dalam pelbagai kategori.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 28 2019
Kewujudan inap desa di kawasan kampung juga memberi pulangan pendapatan dan melahirkan peluang pekerjaan tetap dalam bidang pelancongan. - Gambar hiasan
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kanak-kanak lemas di homestay milik keluarga
Seorang kanak-kanak perempuan ditemui lemas ketika bermandi manda di kolam renang sebuah inap desa (homestay) di Kampung Pulai, Merlimau pada Ahad.
KPKT sedia bentuk garis panduan untuk inap desa
Garis panduan yang jelas akan memudahkan pengusaha inap desa menjalankan aktiviti yang tidak menjejaskan ketenteraman masyarakat setempat.
KPLB bantu promosi inap desa seluruh negara
Usaha promosi itu juga antara lain bagi membantu dan memulihkan semula inap desa yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Polis minta mangsa penipuan tempahan rumah inap buat laporan
Hasrat beberapa pelancong untuk bercuti ke Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap yang ditempah sebenarnya tidak wujud.
Pulau Pinang cadang kawal selia rumah sewa jangka pendek, inap desa
Meskipun telah mengumumkan untuk tidak membenarkan rumah sewa jangka pendek atau inap desa, kerajaan Pulau Pinang masih terbuka kepada pilihan untuk mengawal selia aktiviti tersebut.
'Homestay' jadi makmal proses dadah diserbu, pakar masak heroin ditahan
Polis turut menahan sepasang suami isteri berusia 40 dan 50 tahun serta lelaki berusia 54 tahun yang juga tukang masak dadah.
17 termasuk remaja perempuan 16 tahun ditahan terlibat parti liar
Polis menahan 17 individu termasuk dua remaja bawah umur kerana menyertai parti liar di sebuah inap desa di Kuala Nerus, tengah malam semalam.
Pelancongan dalam negeri dibenarkan di negeri Fasa 2 dan seterusnya bagi individu lengkap divaksin - PM
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata aktiviti pelancongan tersebut melibatkan penetapan di homestay dan juga hotel.
Lelaki mabuk mengamuk, tikam warga emas hingga mati
Suspek berusia 35 tahun itu ditahan semasa duduk di kaki lima sebuah kedai di Jalan Pinang 1 pada jam 4.15 petang.
Enam sekeluarga sesat lima jam di Bukit Penunjuk ditemukan selamat
Difahamkan, keluarga itu tinggal di Pahang dan datang ke sini melawat kebun, kira-kira pukul 11 pagi mereka ingin balik ke 'homestay' namun gagal menemui jalan keluar.