HAWAII: Sikap pelancong yang tidak sensitif menikmati pantai tropika Maui tatkala pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus menyelamatkan mangsa kebakaran tidak terkawal di daerah itu menimbulkan kemarahan sesetengah penduduk.
Mereka membuat kecaman di media sosial dengan menyiarkan video pelancong menikmati percutian ketika mana angka kematian di bandar Lahaina melepasi 100 orang dan meningkat setiap hari.
Pelakon Hawaii, Jason Momoa di Instagram menggesa pelancong membatalkan perjalanan mereka dan menyifatkan komuniti di situ memerlukan masa untuk sembuh.
Bagaimanapun, pihak berkuasa dan perniagaan mengalu-alukan kedatangan pelancong bagi mengurangkan tamparan kepada ekonomi pulau itu yang bergantung kepada industri berkenaan.
Industri tersebut merupakan 'enjin ekonomi' Maui, menjana 80 peratus daripada kekayaannya.
Ketika Maui memulakan pemulihan akibat kebakaran, pihak berkuasa bergelut dengan cara mengimbangi keperluan segera penduduk untuk perumahan dan sumber berbanding penjanaan ekonomi pulau itu.
Pihak berkuasa berkata, mereka terpaksa mempertimbangkan risiko membenarkan pelancong masuk semasa krisis kesihatan COVID-19 disebabkan risiko dialami ekonomi Hawaii.
Sektor pelancongan terjejas selama seminggu sejak kebakaran yang memusnahkan Lahaina, destinasi percutian popular di pulau itu.
Bilangan penumpang syarikat penerbangan ke Maui pada Ahad turun hampir 81 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Astro Awani
Thu Aug 17 2023
Rumah penduduk yang hangus akibat kebakaran tidak terkawal di Lahaina, Hawaii. - Foto AP
AWANI Pagi: Memahami akta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (pindaan) 2022
Diskusi 8.30 pagi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy, untuk memahami pindaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 pada 2022 yang akan berkuatkuasa hari ini, bagi menjamin keselamatan pekerja.
Pendaki Malaysia maut di gunung tertinggi Amerika Utara
Zulkifli Yusuf disahkan meninggal pada jam 6 pagi Rabu semasa berlindung di gua salji di kawasan yang dikenali sebagai 'football field'.
Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu bapa ditahan reman 7 hari - KP Selangor
Perintah reman ke atas kedua-dua suspek dikeluarkan Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini.
Gentari jalin kerjasama dengan Lazada, percepat pembangunan ekosistem pengangkutan hijau
Ia merupakan tawaran penyelesaian pajakan kenderaan elektrik (EV) jangka panjang bebas kerumitan di bawah pelan -Vehicle-as-a-Service- (VaaS) yang digerakkan Gentari.
MONSTA lancar promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA
Rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA.
Untung bersih suku pertama TNB susut kepada RM715.7 juta
Hasil, bagaimanapun meningkat kepada RM13.64 bilion daripada RM12.63 bilion sebelum itu, mencerminkan peningkatan dalam jualan elektrik.
Hamas positif dengan cadangan Biden berdasarkan gencatan senjata kekal
Hamas bersetuju cadangan Biden berdasarkan beberapa perkara termasuk pengunduran sepenuhnya tentera Israel dari Semenanjung Gaza.
Hanya pokok berisiko tinggi ditebang, seimbang kehijauan bandar - Datuk Bandar
Majlis Bandaraya Ipoh turut menghantar arkitek dari Bahagian Landskap untuk mengikuti kursus berkaitan arborist.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Jun 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Najib Aroff & Farhan Hakimi;
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
Donald Trump didapati bersalah palsukan rekod perniagaan
Peminat desak Taylor Swift bersuara isu Gaza
Kerajaan tekad noktahkan kemiskinan tegar di Sabah akhir Julai ini –PM
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Cuaca panas dan taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian jadi kering dan buah cepat gugur sebelum matang.
Angka kematian kebakaran di Hawaii meningkat kepada 110
Kebakaran hutan yang memusnahkan bandar bersejarah Lahaina di Maui itu mencatat angka kematian tertinggi dalam tempoh lebih seabad dalam sejarah moden AS.
Industri pelancongan Maui cetus kemarahan
Jason Momoa menggesa pelancong membatalkan perjalanan mereka dan menyifatkan komuniti di situ memerlukan masa untuk sembuh.
Biden janji bantu mangsa kebakaran di Hawaii
Presiden AS Joe Biden pada Selasa berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi susulan tragedi kebakaran yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 99 nyawa.