awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden janji bantu mangsa kebakaran di Hawaii

Bernama
Bernama
16/08/2023
08:31 MYT
Biden janji bantu mangsa kebakaran di Hawaii
Kebakaran berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii. -Reuters
WASHINGTON: Presiden AS Joe Biden pada Selasa berkata beliau akan berlepas ke Hawaii tidak lama lagi susulan tragedi kebakaran yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya 99 nyawa, lapor agensi berita Jerman (dpa).
"Isteri saya, Jill, dan saya akan pergi ke Hawaii secepat mungkin," kata Biden semasa berucap di Milwaukee, Wisconsin.
Dalam pada itu, Biden berkata beliau mahu memastikan bahawa penduduk Maui mendapat sokongan yang diperlukan.
"Semua yang mereka perlukan, mereka akan dapat," janji presiden itu.
Presiden AS itu juga berkata beliau menghubungi Gabenor Hawaii Josh Green pada Selasa untuk membincangkan pemulihan Hawaii selepas tragedi kebakaran tidak terkawal itu.
"Saya meyakinkan gabenor bahawa Hawaii akan terus menerima bantuan yang diperlukan daripada kerajaan persekutuan," kata Biden dalam catatan di media sosial.
Kebakaran hutan berlaku pada 8 Ogos di beberapa kawasan di Maui dan pulau berhampiran Hawaii.
Pekan kecil Lahaina di Maui, yang mempunyai 13,000 penduduk turut terjejas.
Sehingga pagi Selasa, jumlah kematian yang disahkan adalah 99, dan hanya empat mangsa telah dikenal pasti setakat ini, menurut polis Maui.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hawaii
#Maui
#Joe Biden
#kebakaran tidak terkawal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan