awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
Dasar Penyakit Jarang Jumpa perkemas tadbir urus, akses rawatan - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Angka kematian kebakaran di Hawaii meningkat kepada 110

Bernama
Bernama
17/08/2023
07:20 MYT
Angka kematian kebakaran di Hawaii meningkat kepada 110
Kebakaran yang memusnahkan bandar bersejarah Lahaina di Maui itu mencatat angka kematian tertinggi dalam tempoh lebih seabad dalam sejarah moden AS. -Gambar fail/Reuters
LOS ANGELES: Angka kematian akibat kebakaran tidak terkawal di Maui, Hawaii, Amerika Syarikat (AS) mencecah 110 orang pada Rabu, kata Gabenor Hawaii Josh Green.
Kebakaran yang memusnahkan bandar bersejarah Lahaina di Maui itu mencatat angka kematian tertinggi dalam tempoh lebih seabad dalam sejarah moden AS.
Sehingga ini, kira-kira 38 peratus daripada kawasan yang terbakar telah diperiksa, lapor Xinhua memetik sidang media Green.
"Setiap hari kami terpaksa melaporkan mengenai orang yang tersayang disahkan mati atau hilang," kata gabenor itu.
Beliau berkata kira-kira 2,000 pengguna masih belum mendapat bekalan elektrik di kawasan terjejas di pulau itu.
Sementara itu, Ketua Polis Maui John Pelletier pada Selasa berkata kerja-kerja memeriksa kawasan kebakaran boleh mencecah 85 hingga 90 peratus menjelang hujung minggu.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, White House berkata Presiden Joe Biden akan melawat Maui pada Isnin untuk bertemu anggota penyelamat, mangsa yang terselamat serta pegawai persekutuan, negeri dan tempatan.
"Saya tetap komited untuk memenuhi keperluan rakyat Hawaii supaya mereka dapat kembali pulih daripada bencana ini," kata Biden di X (Twitter).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran tidak terkawal
#Maui Hawaii
#Josh Green
#Joe Biden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan