awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik

Bernama
Bernama
01/06/2024
00:30 MYT
El Nino: Pengeluaran durian berkurangan, pekebun jangka harga naik
Tina berkata, pengeluaran buah durian amat tidak memberangsangkan tahun ini di mana pokok-pokok yang biasanya berbuah 300-400 biji satu musim hampir tidak mengeluarkan buah langsung kali ini. - Gambar hiasan/Astro AWAN
GUA MUSANG: Fenomena El Nino yang berterusan memberi kesan terhadap pengeluaran buah durian di daerah ini, malah pekebun menjangkakan berlaku peningkatan harga ekoran kekurangan buah pada musim ini.
Keadaan cuaca panas serta taburan hujan yang tidak menentu menyebabkan sebahagian besar bunga durian menjadi kering malah buahnya cepat gugur sebelum mencapai usia yang matang.
Pengusaha kebun durian Tina Chong, 45, berkata untuk musim ini pengeluaran buah bagi 1,000 pokok duriannya mengalami kemerosotan sebanyak 70 peratus dari tahun lepas.
"Pengeluaran buah durian amat tidak memberangsangkan tahun ini, pokok-pokok yang biasanya berbuah daripada 300 sehingga 400 biji untuk satu musim juga dilihat hampir tidak dapat mengeluarkan buah langsung.
"Semua pekebun terkesan dengan cuaca panas tahun ini, jadi saya rasa harga durian akan meningkat ekoran pengeluaran buah yang kurang," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Tina yang mengusahakan pelbagai jenis durian seperti Musang King dan durian kampung di kebun seluas lebih sembilan hektar berkata harga bagi durian Musang King yang dapat dijual pada tahun lepas adalah antara RM35 sehingga RM80 sekilogram mengikut gred.
"Keuntungan yang diperoleh tahun lepas sebanyak RM200,000 dengan kos penyelenggaraan RM400,000 setahun," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#musim durian
#durian naik harga
#musim panas
#El Nino
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan