awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Infineon tambah pelaburan kerana yakin kestabilan politik negara - Anwar

Bernama
Bernama
06/08/2023
22:30 MYT
Infineon tambah pelaburan kerana yakin kestabilan politik negara - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Ceramah Mega Perdana sempena Pilihan Raya Negeri di Tapak Pasar Malam Ukay Perdana malam tadi. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, syarikat semikonduktor Infineon Technologies (Infineon) AG mengambil keputusan membuat pelaburan tambahan lima billion euro (RM25 bilion) baru-baru ini selepas diyakinkan tentang keutuhan Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Beliau mendedahkan, syarikat dari Jerman itu telah menyuarakan kebimbangan berhubung ketidakstabilan politik negara ketika hendak membuat pelaburan tambahan berkenaan.
"Saya kata insya-Allah lima tahun tanpa gangguan, kita terangkan tentang dasar ekonomi, kita jelaskan tentang konsep Malaysia MADANI, mereka berpuas hati Alhamdulillah," katanya semasa berucap pada Ceramah Mega Perdana di Ukay Perdana, dekat sini, malam tadi.
Pada masa sama, Anwar berkata, syarikat berkenaan turut menyuarakan kerisauannya dan meminta kepastian tentang kewujudan puak pelampau agama dan bangsa di dalam negara.
"Dia bimbang takut golongan ini menang. Saya kata tak menang, insya-Allah. Bila jawab begitu, dia (Infeneon) bawa ke mesyuarat lima hari yang lalu di Jerman," katanya.
Khamis lepas, Infineon mengumumkan perancangan untuk meningkatkan kemudahannya di Kulim, Kedah bagi membina loji fabrikasi kuasa silikon karbida (SiC) 200-milimeter (mm) terbesar di dunia dengan pelaburan tambahan sebanyak lima bilion euro bagi tempoh lima tahun akan datang.
Sejak lima dekad lepas, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan cip semikonduktor di Batu Berendam, Melaka.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Infineon
#Infineon tambah pelaburan
#PM Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan