KUALA LUMPUR: Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023 dengan mata indeks berada pada 131.2 mata berbanding 129.2 mata pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata berlaku peningkatan yang perlahan dalam restoran dan hotel, (3.7 peratus; November 2023: 4.3 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.7 peratus; November 2023: 2.3 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (2.3 peratus; November 2023: 2.6 peratus).
"Kumpulan utama lain yang menunjukkan peningkatan adalah kesihatan (2.5 peratus; November 2023: 2.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus; November 2023: 0.1 peratus)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Inflasi keseluruhan secara tahunan pada 2023 meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022.
DOSM berkata ini didorong oleh kenaikan 5.6 peratus dalam kumpulan restoran dan hotel (2022: 5.0 peratus); 4.8 peratus dalam makanan dan minuman bukan alkohol, (2022: 5.8 peratus) dan 2.4 peratus dalam pelbagai barangan dan perkhidmatan (2022: 2.0 peratus).
Ia berkata inflasi keseluruhan secara bulanan menunjukkan kenaikan 0.2 peratus (November 2023: 0.0 peratus) dengan beberapa kumpulan terus mencatatkan peningkatan secara bulanan antaranyaperkhidmatan rekreasi dan kebudayaan pada 0.4 peratus, makanan dan minuman bukan alkohol (0.3 peratus) dan pengangkutan (0.3 peratus).
Sementara itu, inflasi teras meningkat lebih perlahan kepada 1.9 peratus pada Disember 2023 (November 2023: 2.0 peratus) dan masih melepasi inflasi keseluruhan Malaysia pada 1.5 peratus.
Ini didorong oleh kumpulan restoran dan hotel serta makanan dan minuman bukan alkohol yang masing-masing mencatatkan peningkatan sederhana 3.7 peratus dan 3.2 peratus pada Disember 2023.
Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, inflasi di Malaysia (1.5 peratus) adalah lebih rendah berbanding Filipina (3.9 peratus), Vietnam (3.6 peratus), Amerika Syarikat (3.4 peratus), Korea Selatan (3.2 peratus), Zon Eropah (2.9 peratus) dan Indonesia (2.6 peratus).
Bagaimanapun, kadar tersebut lebih tinggi berbanding Thailand (-0.8 peratus) dan China (-0.3 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Inflasi keseluruhan secara tahunan pada 2023 meningkat 2.5 peratus berbanding 3.3 peratus pada 2022. - Gambar fail/Astro AWANI
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023
Kadar inflasi keseluruhan Malaysia kekal 1.5 peratus pada Disember 2023.
Inflasi Malaysia catat kadar perlahan kepada 1.5 peratus pada November - Perangkaan
Inflasi Malaysia terus merekodkan peningkatan pada kadar perlahan 1.5 peratus bagi November 2023.
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos
Inflasi Malaysia kekal 2.0 peratus pada Ogos dengan mata indeks mencatatkan 130.8 berbanding 128.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Inflasi Malaysia terus mereda, 2.8 peratus pada Mei 2023
Kenaikan inflasi tersebut kekal didorong sektor Restoran dan Hotel iaitu 6.7 peratus dan sektor Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (5.9 peratus).
Inflasi Malaysia naik kepada 3.3 peratus pada 2022 - Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2022 meningkat 3.3 peratus berbanding 2.5 peratus pada 2021, dengan mata indeks mencatatkan 127.2 tahun lepas berbanding 123.1 pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Inflasi makanan meningkat 5.2 peratus pada Mei 2022, tertinggi sejak November 2011
Inflasi makanan terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011, apabila 93 peratus item dalam kumpulan tersebut merekodkan kenaikan.
Inflasi April 2022 catat 2.3 peratus, inflasi makanan naik kepada 4.1 peratus
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan perkara tersebut dalam laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi bulan April tahun ini.
IHP: Inflasi makanan meningkat 4.0 peratus - Ketua Perangkawan
Kenaikan inflasi makanan, yang merupakan komponen terbesar kepada keseluruhan wajaran IHP kekal menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi.