KUALA LUMPUR: Inflasi Malaysia dilaporkan telah mereda kepada 2.0 peratus pada Julai 2023, terendah pada tahun ini dengan mata indeks mencatatkan 130.5 berbanding 127.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, peningkatan perlahan kadar inflasi didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan Restoran dan Hotel, 5.0 peratus (Jun 2023: 5.4 peratus) serta Makanan dan Minuman Bukan Alkohol, 4.4 peratus (Jun 2023: 4.7 peratus).
Ia diikuti oleh kumpulan Pelbagai Barangan dan Perkhidmatan (2.6 peratus), manakala kedua-dua kumpulan Kesihatan dan Pendidikan masing-masing meningkat sebanyak 2.0 peratus.
“Berhubung inflasi di peringkat negeri, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 2.0 peratus dengan Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 1.1 peratus pada Julai 2023.
“Walau bagaimanapun, hanya enam negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Pahang (2.6 peratus), Sarawak (2.6 peratus), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.6 peratus), Perak (2.4 peratus), Selangor (2.4 peratus) dan Melaka (2.2 peratus). Inflasi Makanan dan Minuman Bukan Alkohol bagi semua negeri mencatatkan peningkatan.
“Peningkatan tertinggi dicatatkan oleh Wilayah Persekutuan Putrajaya (6.0 peratus), diikuti oleh Selangor (5.6 peratus), Sarawak (5.5 peratus), Pahang (4.8 peratus), Perak (4.5 peratus) dan Melaka (4.4 peratus).
"Sementara itu, negeri-negeri lain menunjukkan peningkatan di bawah paras inflasi Makanan dan Minuman Bukan Alkohol nasional iaitu 4.4 peratus pada Julai 2023,” katanya lagi.
Bagi perbandingan dengan negara-negara terpilih, Mohd Uzir berkata, inflasi di Malaysia (2.0 peratus) adalah lebih rendah berbanding Zon Euro (5.3 peratus), Filipina (4.7 peratus), Singapura (4.1 peratus), Amerika Syarikat (3.2 peratus), Indonesia (3.1 peratus), Republik Korea (2.3 peratus) dan Vietnam (2.1 peratus).
Namun, katanya lagi, Malaysia lebih tinggi berbanding Thailand (0.4 peratus) dan China (-0.3 peratus).
Mohd Uzir berkata, DOSM sedang menjalankan Banci Ekonomi pada tahun 2023 dan orang ramai boleh melayari www.dosm.gov.my untuk maklumat lanjut.
DOSM juga telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai medium yang menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data, dan ia boleh diakses melalui portal https://open.dosm.gov.my .
Firdaus Azil
Fri Aug 25 2023
Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan perlahan kadar inflasi didorong oleh peningkatan lebih rendah bagi kumpulan Restoran dan Hotel, 5.0 peratus (Jun 2023: 5.4 peratus) serta Makanan dan Minuman Bukan Alkohol, 4.4 peratus (Jun 2023: 4.7 peratus).
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanpa subsidi, inflasi negara mungkin setinggi 11 peratus - Mustapa
Ahli Parlimen Jeli itu berkata, Malaysia ketika ini masih dengan kadar inflasi terendah di rantau ASEAN.
Dewan Rakyat: Subsidi meningkat ke RM77 bilion, tidak pernah ditarik balik - PM
Ismail Sabri berkata, perbelanjaan subsidi untuk tahun ini meningkat kepada RM77 bilion, berbanding peruntukan asal RM31 bilion.