awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
17/05/2022
23:48 MYT
Inflasi: Pastikan pengeluaran barangan tempatan mampu penuhi permintaan
Noor Azman berkata, polisi kepenggunaan melalui kempen menggunakan barangan tempatan sememangnya diakui sebagai antara tiga langkah umum dalam mengawal inflasi. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara.
Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr Noor Azman Ali berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi menjayakan kempen beli barangan tempatan yang mampu mengatasi masalah inflasi negara.
Jelasnya, kempen tersebut bergantung kepada kesediaan produk tempatan di pasaran.
"Pada saya, kerajaan sepatutnya bukan sahaja menggalakkan pengguna menggunakan barang tempatan, tetapi kerajaan juga perlu memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan.
"Secara mudahnya, barang asas seperti beras, adakah beras keluaran tempatan mampu memenuhi permintaan? Tidak cukup. Kerana ia lebih kurang 60 peratus sahaja. Sepatutnya kena 100 peratus keluaran tempatan.
"Kalau nak pengguna guna beras tempatan, maka perlu tambah lagi 40 peratus produktiviti, baru kempen guna barang tempatan akan berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemu bual dalam program Wacana Sinar Harian bertajuk 'Mampukah Malaysia Atasi Inflasi?' yang berlangsung malam tadi.
Inflasi | Penuhi permintaan barangan tempatan
Selain isu pengeluaran beras tempatan, Noor Azman berkata, tanaman kelapa juga sepatutnya tiada masalah pengeluaran dalam negara.
"Negara kita sepatutnya tidak ada masalah untuk menanam buah kelapa ini. Namun, kita mengimport buah kelapa.
"Sehinggalah kita dapat pastikan cukupnya buah kelapa tempatan, baru kita boleh menggesa, meminta dan memastikan pengguna kita menggunakan barangan tempatan," katanya.
Bagaimanapun, menurut Noor Azman, polisi kepenggunaan melalui kempen menggunakan barangan tempatan sememangnya diakui sebagai antara tiga langkah umum dalam membendung inflasi, selain polisi kewangan dan polisi fiskal.
"Polisi kewangan, secara tidak langsung, mengurangkan perbelanjaan pengguna melalui perbankan.
"Dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR), simpanan meningkat, jadi pengguna ada dua pilihan, sama ada berbelanja atau melabur.
"Kenaikan OPR dapat mengurangkan dan mengawal pengguna berbelanja," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Inflasi
#Prof Dr Noor Azman Ali
#kempen beli barangan tempatan
#penuhi permintaan pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan