Sejumlah 16,800 dos vaksin influenza telah dibawa masuk ke Malaysia dengan baki 82,000 dos akan memasuki pasaran secara berperingkat pada 20 dan 27 Januari ini.
Ia menjadikan hampir 100,000 dos vaksin akan berada di pasaran pada Januari, peningkatan sebanyak enam kali ganda daripada jumlah biasa sebelum ini.
Selain itu, menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dijangkakan sejumlah 100,000 dos lagi akan dibawa masuk pada Februari.
“Dos yang telah ada di negara, 16,800 dos di Malaysia sekarang ini, manakala yang akan sampai 15,000 pada 20 Januari dan 67,000 seterusnya akan masuk pada 27 Januari.
“Ini menjadikan sejumlah hampir 100,000 dos akan sampai pada Januari sahaja.
“Kita akan pantau perkara ini (kes influenza) dalam dua hingga tiga minggu akan datang. Saya harap (keadaan) akan reda sedikit, di mana kita akan tangani dan pantau perkara ini dengan lebih dekat lagi,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini.
Mengulas dakwaan wujudnya kenaikan harga vaksin tersebut, Dr Dzulkefly amat berharap supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.
“Saya yakin atas tanggungjawab (penyedia perubatan) itu, mereka tahu bagaimana untuk meletakkan harga itu.
“Kita (KKM) tidak mengawal harga, tapi kita tidak mahu ada pihak yang ambil kesempatan,” ujarnya.
Dr Dzulkefly sebelum itu melancarkan Karnival Kesihatan 2020 anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) yang turut berlangsung serentak di semua 13 negeri seluruh negara.
Beliau pada masa sama turut meminta MMA serta persatuan perubatan yang lain untuk memberi peringatan dan nasihat kepada anggotanya supaya tidak menaikkan harga vaksin tersebut.
Ujarnya, secara purata caj bagi vaksin influenza adalah antara RM50 ke RM100 untuk setiap dos.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jan 18 2020
Dr Dzulkefly berucap ketika melancarkan Karnival Kesihatan 2020 di Petaling Jaya hari ini. - Foto KKM
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Influenza: Bekalan vaksin meningkat enam kali ganda - Dr Dzul
Dr Dzulkefly amat berharap supaya tidak ada pihak yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga.