awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluaran air mata berlebihan mungkin tanda saluran air mata tersumbat
Indonesia akan bina Kampung Haji di Mekah bagi kurangkan kos ibadah haji
Bekalan elektrik akan dipulihkan di barat daya Berlin lima hari selepas serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini Bajet Negara atau Bajet BN, soal PAS

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
21/10/2016
23:34 MYT
Ini Bajet Negara atau Bajet BN, soal PAS
Paparan skrin video Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, dengan logo Barisan Nasional di sebelah beliau, mencetuskan keadaan tidak senang Ahli Parlimen bukan Kerajaan. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat terlalu mempromosikan parti Barisan Nasional dalam pembentangan Bajet 2017, kata Ketua Penerangan PAS.
Nasrudin Hassan berkata tindakan memaparkan lambang logo BN di skrin besar dalam Parlimen ketika pembentangan Bajet di Dewan Rakyat semalam merupakan satu langkah terdesak.
Jelasnya, beliau kesal dengan tindakan promosi Najib itu dan berharap BN menghormati ahli Parlimen dari sayap Pembangkang. BAJET 2017: UCAPAN PENUH PM NAJIB BACA; LAPOR LANGSUNG: PEMBENTANGAN BAJET 2017 OLEH PM NAJIB
"Logo dacing bukan menggambarkan logo Kerajaan, Ia logo parti. Bajet 2017 bukan bajet BN tetapi ia adalah Bajet Kerajaan.
"Maka tiada sebab kenapa logo dacing (logo BN) di pertonton sebesar-besarnya di skrin besar Parlimen,"katanya dalam satu kenyataan sebagai reaksi kepada pembentangan Bajet 2017 pada Jumaat.
Beliau juga berkata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia perlu bertegas dalam mengawal bahan-bahan yang boleh dipaparkan dalam pembentangan demi menjaga kemuliaan Dewan Rakyat.
"Seharusnya mana-mana bahan yang tidak berkaitan dengan pembentangan mesti mendapat kebenaran Sekretariat Parlimen.
"Kalau tidak ianya adalah salah guna kuasa eksekutif ke atas parlimen," tambah beliau.
Nasruddin juga berharap tindakan mempromosikan BN dalam pembentangan tidak akan berulang lagi di masa hadapan.
Topic Berkaitan
#Bajet 2017
#Barisan Nasional
#nasarudin hasan
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan