KEPALA BATAS: Kementerian Perpaduan akan melancarkan Inisiatif Harmoni Madani pada Jun ini dalam usaha meningkatkan dan memperkukuh keharmonian antara masyarakat pelbagai kaum serta penganut agama di negara ini.
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata inisiatif itu bertujuan memperkukuh kesedaran terhadap kepelbagaian agama dan budaya yang bukan hanya memperkaya identiti nasional, tetapi juga menyatukan rakyat.
"Menerusi inisiatif itu, Kementerian Perpaduan akan melaksanakan pelbagai program dan aktiviti seperti bicara harmoni, wacana memupuk perpaduan dalam kepelbagaian agama, jejak harmoni, dokumentasi harmoni, sambutan hari toleransi sedunia dan pelbagai lagu.
"Kepelbagaian agama dan budaya ialah aset terbesar negara dan Malaysia Madani menunjukkan bahawa kepelbagaian ini bukan sahaja memperkaya identiti nasional, tetapi turut menyatukan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dialog Harmoni Peringkat Pulau Pinang di Dewan Milenium di sini hari ini.
Dialog itu yang mengangkat tema "Nilai-nilai Murni Pemangkin Perpaduan dan Keharmonian Masyarakat" dikendalikan oleh moderator yang juga penceramah bebas Ibrahim Yusoff.
Ahli panel pula terdiri daripada Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Datuk Dr P. Sivamurugan, Pensyarah Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Dr D. Sarjit Singh dan Presiden Persatuan Dhammaduta Malaysia (PDM) Loh Pai Ling.
Aaron berkata dialog itu bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat serta menangani isu-isu yang berkaitan dengan keharmonian antara penganut agama, meningkatkan toleransi dan mengukuhkan pemahaman.
Selain itu, katanya ia turut memberi penekanan terhadap budaya saling menghormati terhadap kepelbagaian budaya dan agama masyarakat Malaysia yang berbilang etnik.
"Objektif utama kita adalah untuk mencipta platform dialog dan diskusi dapat berlangsung dalam suasana yang kondusif, mengeratkan persaudaraan serta memahami dan menghargai perbezaan sebagai kekuatan yang memperkukuh perpaduan.
"Kerajaan juga sentiasa komited untuk memastikan setiap rakyat merasai keadilan, kesaksamaan dan keamanan dalam mengekspresikan identiti serta kepercayaan mereka, hal ini selaras dengan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi tunjang kepada perpaduan nasional kita," katanya.
Aaron berkata program dialog itu tidak hanya dilaksanakan di Pulau Pinang, tetapi turut dijadualkan diadakan secara bersiri di Kuala Lumpur dan Sabah pada Jun dan September nanti.
Sementara itu, beliau berkata sebanyak 187 isu dilaporkan tahun lepas menerusi sistem e-Sepakat membabitkan kaum, agama dan institusi diraja (3R) serta kenyataan berbaur kebencian.
"Statistik menerusi e-Sepakat berhubung isu 3R pada 2022 adalah sebanyak 153 isu dilaporkan, manakala pada tahun lepas meningkat kepada 197 isu, walaupun berlaku peningkatan ia stabil dan terkawal, malah kebanyakan kes berjaya diselesaikan," katanya.
Beliau berkata sistem e-Sepakat yang telah diperkenalkan sejak 2009 bertujuan menggerak kerja pengesanan, pemantauan dan pelaporan isu perpaduan secara digital bagi menggantikan kaedah manual.
Menurutnya, sistem ini juga berfungsi dalam membantu agensi untuk memantau tahap dan iklim perhubungan antara kaum terhadap isu yang boleh menggugat perpaduan serta keharmonian di dalam negara.
"Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) mendapati perpaduan kini berada pada tahap baik serta terkawal dan saya minta semua ahli politik dapat bersama-sama mainkan peranan bagi terus memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024
Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang menjawab pertanyaan media pada majlis Dialog Harmoni Peringkat Negeri Pulau Pinang di Dewan Milenium hari ini. - Foto Bernama
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
Inisiatif Harmoni Madani perkukuh keharmonian masyarakat Malaysia - Aaron
Inisiatif Harmoni Madani akan dilancarkan pada Jun ini dalam usaha meningkatkan dan memperkukuh keharmonian antara masyarakat.