awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar akan melancarkan 'I LITE U' di Bukit Bintang pada 3 Jan
Pesara rugi RM212,000 akibat penipuan perniagaan tidak wujud
Malaysia suarakan kebimbangan terhadap peningkatan konflik di Yaman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Mobile River pastikan masyarakat pedalaman Sabah terima bantuan kerajaan

Firdaus Azil
Firdaus Azil
10/08/2020
02:59 MYT
Inisiatif Mobile River pastikan masyarakat pedalaman Sabah terima bantuan kerajaan
Inisiatif Mobile River pastikan masyarakat pendalaman Sabah terima bantuan kerajaan, kata Timbalan Menteri JPM Arthur Joseph Kurup
Biarpun masih ramai yang memilih untuk tinggal di kawasan pedalaman, kerajaan tetap memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan yang disediakan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Arthur Joseph Kurup berkata bagi memastikan aspirasi itu tercapai, kerajaan telah mengambil inisiatif melaksanakan Mobile Community Services: Mobile River Service, untuk masyarakat pedalaman di Sabah.
“Jadi di mukim ini, adalah kampung yang menggunakan pengangkutan sungai. Jadi Mobile River Service elok di sini supaya agensi kerajaan boleh datang melalui pengangkutan sungai…supaya masyarakat di sini tidak tercicir daripada menerima bantuan dari kerajaan.
“Jadi hari ini kita adakan majlis penyerahan Bantuan Prihatin Nasional dan juga Bantuan Sara Hidup di mana mukim ini ada 181 orang penerima bantuan yang tidak mempunyai akaun bank.
"Jadi program hari ini adalah untuk menunaikan baucer BPN dan juga BSH untuk 181 orang ini yang tidak punyai akaun bank,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.
Dalam siaran media yang disediakan, Kementerian Kewangan berkata Mobile River merupakan himpunan perkhidmatan bergerak kerajaan tersasar kepada masyarakat yang tinggal di kawasan sungai di pedalaman Sabah, dengan inisiatif bersama pejabat Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Penunaian Tunai, kata kementerian, juga telah dibuat bersama pejabat daerah Kalabakan, Kemabong, Pitas, Tongod, Paitan, Matunggong, Tungku, Sook, Pulau Banggi dan Nabawan sepanjang bulan Julai 2020 lalu dan dilanjutkan ke daerah Pensiangan serta daerah kecil Pagalungan dan Tatalaan pada 8 hingga 10 Ogos 2020.
“Penerima BSH/ BPN pedalaman sabah yang tiada akaun bank selain daripada daerah yang dinyatakan atau penerima yang terlepas sesi Penyerahan Tunai ini, boleh menunaikan BSH/BPN di cawangan BSN yang terdekat di daerah masing-masing pada bila-bila masa sebelum 31 Disember 2020,” menurut kenyataan itu lagi.
Topic Berkaitan
#Arthur Joseph Kurup
#ekonomi
#Jabatan Perdana Menteri
#kerajaan
#masyarakat Sabah
#Mobile River
#Timbalan Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan