awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Pemetaan Harga Kediaman sebagai panduan sedia rumah mampu milik

Bernama
Bernama
28/04/2022
22:45 MYT
Inisiatif Pemetaan Harga Kediaman sebagai panduan sedia rumah mampu milik
Ismail (dua, kiri) melihat model PPAM Kasturi selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian Dana Mudahcara bagi Projek PPAM Kasturi di antara KPKT dan Putrajaya Homes Sdn Bhd di Putrajaya, 28 Apr 2022. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Inisiatif Pemetaan Harga Kediaman akan diperkenalkan sebagai panduan kepada pemaju dalam menyediakan rumah mampu milik di negara ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib.
Beliau berkata inisiatif itu juga membolehkan rakyat mengenal pasti harga kediaman yang ditawarkan oleh pemaju mengikut lokaliti di seluruh negara.
"Rakyat akan ada panduan harga yang disifatkan sebagai mampu milik dalam satu-satu kawasan dan pemaju pula dapat menyediakan pemajuan yang boleh jual.
"Ini sekali gus dapat mengurangkan 'property overhang' (hartanah yang siap tetapi tidak terjual) atau 'mismatch' (ketidaksesuaian) antara permintaan dengan penawaran," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani Perjanjian Dana Mudahcara Projek Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Kasturi di sini semalam.
Perjanjian Dana Mudahcara Projek PPAM Kasturi itu ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk M Noor Azman Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Putrajaya Holdings Datuk Hashimah Hashim.
Sementara itu, Ismail berkata secara keseluruhan, pihaknya telah meluluskan sebanyak 275 projek PPAM dengan jumlah kediaman adalah 57,404 unit.
"Melalui inisiatif PPAM ini, kita dapat siapkan 171 projek dengan 25,267 unit keseluruhannya manakala 61 projek atau 13,845 unit dalam pembinaan.
"Selain itu, terdapat 43 projek dengan 18,292 unit sedang dalam perancangan," katanya dan menambah projek PPAM dilaksanakan melalui kerjasama antara kerajaan dengan pemaju perumahan swasta di atas tanah persendirian atau tanah kerajaan.
Beliau berkata model perniagaan sedia ada bagi pelaksanaan PPAM di atas tanah persendirian adalah dengan penyaluran Dana Mudahcara (FF).
"Sebagai tanda kasih dan sayang kerajaan terhadap penjawat awam, kerajaan telah menyediakan peruntukan sebanyak RM1.55 bilion bagi program PPAM di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dengan komitmen sebanyak RM1.121 bilion.
"Untuk itu, saya alu-alukan penyertaan lebih ramai pemaju untuk membina PPAM yang bukan sahaja berkualiti malah menepati kehendak rakyat dengan pelbagai kemudahan awam," katanya.
Sementara itu, Ismail memaklumkan projek PPAM Kasturi dijangka siap lebih cepat iaitu pada Jun ini berbanding tarikh awal pada April 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah mampu milik
#Ismail Abd Muttalib
#penjawat awam
#Inisiatif Pemetaan Harga Kediaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan