KUALA LUMPUR: Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga) bernilai RM40 bilion disediakan bagi mengembalikan keupayaan dan memastikan kelangsungan industri perniagaan terutamanya semasa pasca pandemik, menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
"Apa yang penting adalah sokongan kerajaan yang holistik di mana semua lapisan usahawan dan perniagaan disokong, daripada mikro sehingga syarikat tersenarai di Bursa Malaysia," katanya ketika menjadi tetamu dalam program Agenda Awani bertajuk 'Ketahanan Ekonomi Keluarga Malaysia' terbitan Astro AWANI, malam tadi.
Menurutnya kerajaan juga sedar betapa pentingnya menyokong perniagaan mikro, terutamanya bagi membantu mereka pulih dan bangun semula ketika pasca pandemik.
Menerusi SemarakNiaga, pembiayaan kredit mikro bernilai hampir RM1.8 bilion akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti BSN, TEKUN, Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Negara Malaysia (melalui bank-bank komersial).
Langkah-langkah itu termasuk pembiayaan Ekuiti/Alternatif (RM2.2 bilion), Pinjaman Mudah Perusahaan Kecil dan Sederhana (RM14.2 bilion) dan Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) (RM22 bilion termasuk peruntukan khas Bumiputera sebanyak RM2 bilion).
Antara ciri yang dirunding khas oleh Kementerian Kewangan semasa menggubal langkah-langkah untuk SemarakNiaga adalah moratorium kepada peminjam sekurang-kurangnya enam bulan (sehingga 12 bulan di bawah TEKUN).
Selain itu, beliau berkata koperasi turut mendapat manfaat daripada SemarakNiaga melalui pembiayaan koperasi seperti Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) (RM10 juta), Program pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi (RM30 juta) dan penyediaan tapak perniagaan trak makanan kawasan bandar (RM1.75 juta).
"Bagi sektor pelancongan, kerajaan sedar apabila sempadan dibuka semula, kita memerlukan kapasiti yang sudah siap dibangunkan untuk memaksimumkan potensi hasil dalam sektor ini. Jadi, untuk membina semula sektor pelancongan, kerajaan telah memperuntukkan RM1.6 bilion dalam Bajet 2022," kata Tengku Zafrul.
Antara yang ditawarkan adalah program subsidi upah kepada pemain industri yang akan memanfaatkan 330,000 pekerja melibatkan peruntukan RM600 juta, pembiayaan RM600 juta di bawah PENJANA Tourism Financing dan bantuan khas kepada lebih 20,000 pengusaha pelancongan yang berdaftar di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya selama tiga bulan dengan peruntukan RM85 juta.
Selain itu, pelepasan khas cukai pendapatan individu bagi perbelanjaan pelancongan domestik sehingga RM1,000 dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2022.
Tengku Zafrul menegaskan Kementerian Kewangan akan sentiasa responsif terhadap keperluan rakyat dan perniagaan dalam mengambil langkah-langkah yang bakal mempercepat usaha pemulihan.
Inisiatif lain menerusi SemarakNiaga boleh dilayari di https://budget.mof.gov.my/manfaat/
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022
Tengku Zafrul berkata kerajaan juga sedar betapa pentingnya menyokong perniagaan mikro, terutamanya bagi membantu mereka pulih dan bangun semula ketika pasca pandemik. - Gambar fail
Majoriti rakyat Malaysia anggap kerajaan pilih kasih, beri layanan ikut kasta - Kajian Projek SAMA
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.