Adik Aini Husna Abd Ghafur, 9, terpaksa melupakan hari raya pada tahun ini akibat menderita penyakit injab bocor dan terpaksa tinggal di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Kedah.
Menurut ibunya, Cik Maznah Che Omar, 39, anak bongsunya itu sebelum ini sihat dan aktif bagaimanapun sebaik diserang demam panas pada Mei lalu segalanya bertukar menjadi pilu.
Pada awalnya dia membawa anaknya itu ke Hospital Yan bagaimanapun diminta rujuk ke doktor pakar di HSB.
Sebaik pemeriksaan lanjut, doktor memaklumkan bahawa anaknya mengalami masalah injab bocor dan jantung membengkak.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pasangan kembarnya Anis Salwa, 9, yang turut menghadapi nasib yang sama apabila disahkan turut mengalami injab bocor.
Suaminya hanya berkerja sebagai pemandu lori serta jarang berada di rumah ditambah pula anak kembar itu kini terlantar sakit, Syawal yang bakal tiba hanya di sambut secara bersederhana.
Namun semangat anak kecil ini tetap utuh seolah-olah cuba memadam kerisauan yang ditanggung ibunya memberi keyakinan untuk dia sembuh seperti sediakala agar dapat menyambut Aidilfitri ini.
Manakala, seorang ibu muda, Nurul Aqilah Shafie, 19, yang berhasrat menyambut Aidifitri bersama anak sulungnya diselubungi kesedihan apabila anaknya disahkan menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru.
Dia yang mendirikan rumahtangga dua tahun lalu begitu teruja menyambut Aidilfitri bersama kerana tahun ini menrupakan raya pertama mereka beraya bersama.
Namun setelah anaknya Muhamad Aqiel Shafie, lapan bulan, disahkan terkena jangkitan kuman segala persiapan dan sambutan tiada makna lagi baginya.
Bagaimanapun kesedihan penghuni di wad kanak-kanak ini sedikit terubat apabila Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir bersama isteri Datin Seri Norzieta Zakaria sudi mengadakan lawatan mengejut serterusnya menyampaikan sumbangan raya kepada pesakit.
Pada akhir kunjungan itu Mukhriz dan isteri turut menghargai jasa dan pengorbanan kakitangan hospital dengan berbuka bersama mereka.
Sementara itu, menurut Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Datuk Doktor Norhizan Ismail, lawatan yang dibuat oleh menteri besar itu merupakan satu perhargaan besar kepada kakitangan dan juga kepada pesakit untuk mengeratkan silaturahim pemimpin dan rakyat.
Astro Awani
Thu Jul 09 2015
Nurul Aqilah bersama anak sulungnya Muhamad Aqiel yang menghidapi jangkitan kuman pada paru-paru. - Astro AWANI
[LAPOR LANGSUNG] Gencatan senjata di Gaza bermula
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Gencatan senjata di Gaza bermula, tiga tebusan Israel dibebaskan
Gencatan senjata di Gaza antara Israel dan Hamas bermula 11.15 pagi waktu tempatan pada Ahad.
Kerajaan MADANI 'buta warna' laksana program kepada rakyat - TPM Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI 'buta warna' dalam melaksanakan program-program untuk memenuhi keperluan rakyat secara sama rata, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Kes tipu umrah: Suami isteri akan ditahan semula polis Johor
Pasangan suami isteri yang juga pemilik syarikat pelancongan kontroversi kerana didakwa gagal menerbangkan jemaah akan ditangkap semula untuk siasatan kes tipu di Johor.
Kod Tatalaku masih di peringkat awal
Kod Tatalaku Laut China Selatan, inisiatif yang bermatlamat menyelesaikan pertikaian sempadan di lautan tersebut, masih dalam perbincangan di peringkat awal.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, masih banyak perkara teknikal yang perlu diperhalusi, termasuk mekanisme pelaksanaan dan tahap komitmen semua pihak yang terlibat.
Insiden 'nakal' ke atas Arif Aiman, Theerathon Bunmathan terima hukuman berat AFC
Kapten Buriram United, Theerathon Bunmathan, menerima hukuman berat daripada AFC berikutan kekasaran ke atas pemain sayap JDT, Arif Aiman Hanapi.
Usah perbesar isu sandwic ham & cheese - TPM
Kerajaan berharap isu penjualan makanan sandwic berlabel 'Ham And Cheese' di premis runcit di Universiti Malaya (UM) tidak lagi diperbesarkan.
Umrah: MOTAC bantu jemaah terkandas
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedia memainkan peranan sebagai pemudah cara bagi membantu isu jemaah terkandas berikutan syarikat pengendali umrah menunda penerbangan mereka ke tanah suci Mekah.
Gencatan senjata: Hamas umum nama 3 tawanan Israel yang akan dibebaskan
Kumpulan Palestin Hamas mengumumkan nama tiga tawanan wanita Israel yang akan dibebaskan pada Ahad di bawah perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan di Gaza.
MILO rai 75 tahun legasi bersama lebih 35,000 rakyat Malaysia
Hari Sarapan Malaysia MILO 2025 menyaksikan kehadiran lebih 35,000 rakyat Malaysia di Putrajaya bagi meraikan ulang tahun ke-75 jenama ikonik ini di negara ini.
Injap jantung bocor, adik Aini Husna terpaksa lupakan kemeriahan Syawal
Aini Husna, 9, terpaksa melupakan hari raya pada tahun ini dan terpaksa tinggal di wad kanak-kanak Hospital Sultanah Bahiyah.