awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Ketua warden asrama sambung beri keterangan, saksi pelajar dijangka dipanggil

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
19/09/2025
01:27 MYT
Inkues Zara Qairina: Ketua warden asrama sambung beri keterangan, saksi pelajar dijangka dipanggil
Inkues kematian pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir, memasuki hari kesepuluh hari ini.
KOTA KINABALU: Inkues kematian pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, kini memasuki hari kesepuluh dengan prosiding masih melibatkan Ketua Warden Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Azhari Abd Sagap.
Ustaz Azhari dijangka menyambung keterangannya hari ini bagi menjawab soalan daripada peguam Joan Goh, yang mewakili salah seorang remaja terlibat dalam kes berkenaan.
Pada sesi petang, inkues akan mendengar keterangan daripada saksi dalam kalangan pelajar.
Namun, pihak media tidak dibenarkan berada di dalam mahkamah kerana saksi-saksi tersebut masih di bawah umur 18 tahun.
Setakat ini, seramai lapan saksi telah dipanggil memberi keterangan, dan sebanyak 60 lagi saksi dijangka akan dipanggil sepanjang prosiding berlangsung.
Sebelum ini, Koroner Amir Shah Amir Hassan memaklumkan bahawa satu lagi prosiding locus in quo atau lawatan ke lokasi kejadian akan diadakan selepas semua saksi kanak-kanak selesai memberikan keterangan.
Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia pada 17 Julai lalu di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, dan dikebumikan pada hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Sipitang.
Pelajar tersebut dimasukkan ke hospital sehari sebelumnya selepas ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang di kawasan asrama sekolah sekitar jam 4 pagi.
Topic Berkaitan
#Zara Qairina Mahathir
#Ketua Warden Asrama
#inkues Zara Qairina
#Azhari Abd Sagap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan