awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengunduran daripada jawatan dalam FAM langkah perlu - Pemerhati bola sepak
Pulau Pinang sasar pasang 5,000 CCTV di seluruh negeri menjelang Oktober
PM Korea Selatan cadang AS hantar utusan khas ke Korea Utara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Zara Qairina: Polis sahkan siasat laporan ugutan diterima Dr Jessie di media sosial

Astro Awani
Astro Awani
06/09/2025
13:00 MYT
Inkues Zara Qairina: Polis sahkan siasat laporan ugutan diterima Dr Jessie di media sosial
Dr. Jessie adalah saksi pertama dalam prosiding inkues yang bermula Rabu (3 September) di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan membuka siasatan susulan laporan daripada pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang menjadi saksi dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir selepas menerima ugutan di media sosial.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, pihaknya menerima laporan daripada Dr Jessie mengenai ancaman berkenaan di media sosial.
"Kita sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Dr Jessie adalah saksi pertama dalam prosiding inkues yang bermula Rabu (3 September) di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
Keterangan beliau di Mahkamah Koroner mendapat kecaman di media sosial berhubung kematian Zara Qairina.
Dalam prosiding tersebut, Dr Jessie yang juga Pakar Patologi Hospital Queen Elizabeth (HQE) menolak kemungkinan Allahyarham Zara Qairina ditolak atau diserang sehingga jatuh dari tingkat tiga asramanya, sebelum ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan itu pada awal pagi 16 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#MCMC
#media sosial
#saksi pertama
#pakar patologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan