awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden jentik kemaluan: Polis panggil 8 pelajar bantu siasatan kes buli

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2023
08:41 MYT
Insiden jentik kemaluan: Polis panggil 8 pelajar bantu siasatan kes buli
Kesemua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk dirakam percakapan. - Gambar hiasan
SRI AMAN: Polis telah memanggil lapan pelajar sebuah sekolah menengah di Sri Aman bagi membantu siasatan satu kes buli membabitkan seorang pelajar di daerah itu baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sri Aman, DSP Zuriawati Zainal Abidin dalam satu kenyataan berkata, satu kertas siasatan telah dibuka berhubung kejadian tersebut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Katanya, semua suspek telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman untuk dirakam percakapan.
Dalam rakaman video yang dirakam menerusi telefon bimbit selama 41 saat yang tular sebelum ini, seorang remaja lelaki dilihat telah dibogelkan manakala beberapa remaja lain kemudian menjentik kemaluannya.
Selain itu mangsa turut disepak dari belakang.
Kes ini mendapat perhatian polis selepas video tersebut tular dan satu laporan polis dibuat pada jam 5 petang pada Ahad lalu.
Untuk rekod, peruntukan akta ini membawa kepada hukuman maksimum 20 tahun penjara dan sebatan.
Zuriawati turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarnag spekulasi dan menyebarkan berita tidak benar mengenai kejadian ini.
Topic Berkaitan
#kes buli
#polis Sri Aman
#dijentik kemaluan
#pelajar diambil keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan