awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Ribut Tropika Basyang di Filipina: Angka korban meningkat kepada 12 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden kren SUKE: Gagal pastikan keselamatan di tapak pembinaan, Zhongshi International didenda RM45,000

Bernama
Bernama
03/11/2021
08:36 MYT
Insiden kren SUKE: Gagal pastikan keselamatan di tapak pembinaan, Zhongshi International didenda RM45,000
Pada 22 Mac lepas, tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu parah selepas satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan Zhongshi International Sdn Bhd didenda RM45,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan sehingga menyebabkan kematian tiga pekerjanya di tapak pembinaan projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE), Mac lepas.
Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman terhadap syarikat pembinaan itu yang diwakili Pengurus Sumber Manusianya Sim Li En, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan.
Dia membayar denda tersebut.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu sebagai majikan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya dengan tidak memastikan pengendalian komponen kren gantri yang selamat semasa kerja-kerja penyenggaraan sehingga menyebabkan kemalangan kepada tiga pekerja warga China, Wu Tongzheng, Ding Kunfu dan Jiang Jinbao.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di 3PT39 sehingga 3PT41, Pakej CA3, Projek Penswastaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SUKE) CH4200 sehingga CH7800 Jalan Alam Damai, di sini, pada 8.45 pagi, 22 Mac lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan dihukum mengikut Seksyen 19 akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
BACA: Insiden kren SUKE: Kerja pengalihan kren gantri di lokasi insiden selesai - Prolintas
Terdahulu, Sim yang tidak diwakili peguam merayu denda minimum atas alasan syarikatnya telah mengambil langkah sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan berlaku di tempat kerja selain akan memastikan kesalahan tersebut tidak berulang.
Pegawai Pendakwa dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Abdul Rahim Sabri memohon hukuman denda maksimum terhadap syarikat tersebut.
"Kes ini merupakan kemalangan berprofil tinggi sehingga mendapat liputan media selain telah melibatkan kematian tiga nyawa.
"Saya mohon mahkamah mengenakan hukuman denda maksimum agar menjadi pengajaran kepada OKS dan majikan lain supaya mereka dapat memastikan operasi jentera yang selamat dan mengurangkan risiko kemalangan semasa kerja," katanya.
Pada 22 Mac lepas, media melaporkan tiga pekerja warga China maut manakala seorang pemandu cedera parah berikutan kejadian satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat SUKE berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Cheras, di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuh Raya SUKE
#kren
#tragedi
#Zhongshi International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan