Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor hari ini menafikan khabar angin kematian anggotanya, Mohd Adib Mohd Kassim.

Menerusi muat naik di laman Twitter JBPM Selangor, Mohd Adib dilaporkan masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.




Sebelum ini, beberapa status dimuat naik oleh netizen kononnya memaklumkan bahawa mangsa yang dipukul oleh sekumpulan lelaki ketika cuba memadamkan kebakaran kereta dekat Kuil Sri Maha Mariamman, telah meninggal dunia.

BACA: Insiden Kuil Sri Maha Mariamman: 'Kamu kuat, kamu perlu cepat bangun' - rayu tunang pada bomba

Mohd Adib, 24 tahun, merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang telah ditugaskan ke tempat kejadian awal pagi tadi.

Perusuh dilaporkan menariknya keluar daripada kenderaan dan dipukul, menyebabkan beliau patah tulang rusuk dan mengalami kecederaan dalaman.