awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Low Yat: Peguam tertuduh kemuka surat representasi ke Jabatan Peguam Negara

Bernama
Bernama
14/08/2015
06:33 MYT
Insiden Low Yat: Peguam tertuduh kemuka surat representasi ke Jabatan Peguam Negara
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes. - Gambar Fail Astro AWANI/Shahir Omar
Penganggur yang didakwa atas pertuduhan mencuri sebuah telefon bimbit di Plaza Low Yat di sini, akan mengemukakan surat representasi ke Jabatan Peguam Negara bagi mengkaji semula pertuduhan terhadapnya.
Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili Shahrul Anuar Abdul Aziz, 22, berkata demikian ketika kes itu disebut di hadapan Majistret Zura Syazween Hamizan.
Mohd Khairul Azam memohon mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk sebutan semula kes itu bagi membolehkannya mengemukakan representasi itu.
Mahkamah menetapkan 26 Ogos ini untuk sebutan semula kes.
Shahrul Anuar didakwa mencuri telefon bimbit berharga RM800 di Techasia Boutique, Plaza Low Yat, Bukit Bintang pada 4.47 petang, 11 Julai lalu mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.
Topic Berkaitan
#Low Yat
#mohd khairul azam abdul aziz
#Peguam Negara
#Shahrul Anuar Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan