awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden pencerobohan portal Halal Malaysia tidak sebabkan ketirisan data - Jakim

Bernama
Bernama
15/12/2023
13:59 MYT
Insiden pencerobohan portal Halal Malaysia tidak sebabkan ketirisan data - Jakim
Hakimah berkata portal Halal Malaysia itu kini mula beroperasi kembali pada Rabu lepas (13 Dis) setelah tindakan pembaikan dibuat pasukan ICT Jakim. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Insiden pencerobohan portal rasmi Halal Malaysia pada Sabtu lepas (9 Dis) tidak menyebabkan sebarang ketirisan data, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata portal Halal Malaysia itu kini mula beroperasi kembali pada Rabu lepas (13 Dis) setelah tindakan pembaikan dibuat pasukan ICT Jakim.
"Saya telah mengarahkan pasukan teknikal ICT Jakim mengambil langkah proaktif untuk mengemas kini 'loophole' yang mungkin boleh menjadi ruang untuk penggodam menceroboh kembali ke dalam portal rasmi Halal Malaysia," katanya.
Jakim menyedari kerisauan pengguna mengenai ciri-ciri keselamatan sedia ada di portal Halal Malaysia, kata Hakimah yang turut meminta supaya proses untuk menyiapkan infrastruktur baharu iaitu server, operation system dan aplikasi portal dinaik taraf ke versi yang terkini.
"Proses ini sedang dilaksanakan dan saya difahamkan bahawa infrastruktur baru ini akan disiapkan sebelum Januari 2024," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencerobohan portal
#halal malaysia
#ketirisan data
#hakimah mohd yusoff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan