awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden rempuhan Mina: Kementerian masih siasat jika ada rakyat Malaysia jadi mangsa

Astro Awani
Astro Awani
24/09/2015
11:50 MYT
Insiden rempuhan Mina: Kementerian masih siasat jika ada rakyat Malaysia jadi mangsa
JAMIL KHIR: Kejadian yang berlaku di sebelah pagi itu, mungkin tidak melibatkan jemaah haji Malaysia memandangkan lontaran di Mina biasanya dilakukan selepas waktu Asar. - Sumber Foto Jabatan Pertahanan Awam Saudi
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom memaklumkan bahawa pihaknya sedang membuat pengiraan ke atas jemaah haji Malaysia dalam menyiasat sekiranya ada yang menjadi mangsa dalam insiden rempuhan di Mina.
Jamil Khir ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis, berkata dalam masa yang sama pihaknya sedang menghubungi hospital dan rumah mayat di sana.
Menurutnya, kejadian yang berlaku di sebelah pagi itu, mungkin tidak melibatkan jemaah haji Malaysia memandangkan lontaran di Mina biasanya dilakukan selepas waktu Asar.
Jamil Khir turut menegaskan laporan dan video yang diterima pihaknya menunjukkan kejadian tersebut berlaku di kawasan penempatan khemah Arab Saudi dan bukan kawasan yang menempatkan jemaah haji Malaysia.
Beliau berkata, pemantauan lanjut untuk memastikan jika ada jemaah haji dari Malaysia yang terlibat tetap diteruskan.
Buat masa ini, tiada jemaah haji dari Malaysia disahkan terlibat dalam insiden yang berlaku kira-kira 11.30 pagi (waktu Arab Saudi). BACA: Insiden rempuhan Mina: Apa yang kita tahu setakat ini? BACA: Insiden rempuhan Mina: 453 jemaah haji terkorban, 719 cedera
Topic Berkaitan
#Insiden Mina
#Jabatan Perdana Menteri
#Jamil Khir Baharom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan