awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/04/2024
11:43 MYT
Insiden tembak KLIA: Pengawal peribadi selesai jalani pembedahan, mungkin perlu dialisis sementara
Siti Noraida, yang merupakan ibu kepada tiga anak itu memberitahu, keadaan Muhammad Nur ketika ini stabil. - Sumber foto FB Siti Noraida
KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi yang cedera ditembak dalam kejadian di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Muhammad Nur Hadith Zaini selesai menjalani pembedahan usus jam 4.30 petang di Hospital Cyberjaya, di sini pada Selasa.
Isteri mangsa, Siti Noraida Hassan memberitahu, suaminya kini diletakkan di bawah pemantauan rapi doktor antara lima dan enam hari bagi memastikan keadaannya lebih baik dan menunjukkan perkembangan positif.
Bagaimanapun, kata Siti Noraida, doktor memaklumkan suaminya mungkin perlu menjalani rawatan dialisis sementara.
"Limpa suami saya juga cedera, doakan sembuh segera," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Selasa.
[KRONOLOGI] Insiden Tembakan Di KLIA
Siti Noraida, yang merupakan ibu kepada tiga anak itu memberitahu, keadaan Muhammad Nur ketika ini stabil.
Terdahulu, Siti Noraida dalam satu kemas kini di laman Facebook peribadinya, memohon agar rakyat Malaysia mendoakan kesejahteraan dan keselamatan suaminya. Dalam kejadian jam 1.20 pagi Ahad lalu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena mangsa.
Wanita yang menjadi sasaran dalam insiden itu terselamat dan pihak polis memaklumkan kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dan isterinya.
Topic Berkaitan
#Muhammad Nur Hadith Zaini
#pengawal peribadi
#tembakan di KLIA
#Siti Noraida Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan