awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada aktiviti kuari, pencemaran Teluk Akuan akibat hujan lebat - Exco Perak
Empat cedera kemalangan dua kenderaan lepas Banjaran Titiwangsa
Gabungan Nasionalis tekad perkukuh martabat bahasa, budaya Melayu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden ternakan berkeliaran jejas operasi tren Pantai Timur - KTMB

Bernama
Bernama
11/01/2026
04:40 MYT
Insiden ternakan berkeliaran jejas operasi tren Pantai Timur - KTMB
Sadun berkata insiden melibatkan ternakan berkeliaran di sepanjang laluan Gemas-Tumpat dilaporkan berlaku hampir setiap minggu, dengan trend menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini. --fotoBERNAMA
KUALA KRAI: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdepan kerugian dianggarkan bernilai RM100,000 setahun susulan insiden perlanggaran haiwan ternakan di landasan yang bukan sahaja merosakkan aset, tetapi juga mengganggu kelancaran operasi tren di Pantai Timur.
Pemangku Pengurus Besar Kawalan Operasi KTMB Sadun Abdullah berkata kejadian itu turut menjejaskan penternak sendiri apabila haiwan ternakan mereka mati akibat dilanggar.
Beliau berkata insiden melibatkan ternakan berkeliaran di sepanjang laluan Gemas-Tumpat dilaporkan berlaku hampir setiap minggu, dengan trend menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.
"Setiap halangan di landasan memberikan kesan kepada jadual perjalanan, keselamatan operasi dan kualiti perkhidmatan, sebab itu KTMB merayu kerjasama penternak untuk memastikan ternakan mereka tidak dibiarkan bebas berhampiran trek," katanya kepada pemberita pada Program KTMB Santuni Pelajar Wilayah Pantai Timur bersempena dengan Pembukaan Sekolah Sesi 2026 di sini hari ini.
Bagi menangani isu berulang itu, KTMB melaksanakan beberapa langkah termasuk khidmat nasihat kepada penternak, kempen keselamatan serta pertemuan bersama dengan ketua kampung di kawasan terbabit.
Sadun berkata KTMB turut memperluas hebahan awam dengan mengedarkan risalah keselamatan ke surau dan masjid berdekatan bagi meningkatkan kesedaran penduduk setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ternakan berkeliaran
#Pantai Timur
#KTMB
#haiwan ternakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan