awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tikam Hospital Selayang: Mangsa stabil kini dalam pemerhatian - Pengarah Kesihatan Selangor

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2023
06:51 MYT
Insiden tikam Hospital Selayang: Mangsa stabil kini dalam pemerhatian - Pengarah Kesihatan Selangor
Dalam insiden yang berlaku pada jam 3 petang Selasa itu, jururawat dan pegawai perubatan, di Jabatan Trauma telah mengambil tindakan pantas dengan menahan lelaki itu sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pesakit lelaki yang dilaporkan ditikam oleh seorang pesakit lain di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Selayang, Gombak berada dalam keadaan stabil dan sedang berada di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Indera Dr Sha'ari Ngadiman, mangsa telah diberikan rawatan kecemasan dan telah menjalani pembedahan dengan kadar segera.
“Pesakit kini dalam keadaan sedar dan stabil selepas pembedahan di bawah pemerhatian Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang,” menurut Dr Sha’ari, dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Menurutnya, laporan polis turut dibuat oleh pegawai perubatan yang menjadi saksi insiden berkenaan.
Kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan lanjut.
Dalam insiden yang berlaku pada jam 3 petang Selasa itu, jururawat dan pegawai perubatan, di Jabatan Trauma telah mengambil tindakan pantas dengan menahan lelaki itu sebelum diserahkan kepada pihak polis.
AWANI Ringkas: KKM akan kaji semula SOP bawa pesakit psikiatri ke fasiliti kesihatan
Laporan polis telah dibuat oleh pegawai perubatan yang menyaksikan kejadian tersebut dan kes masih dalam siasatan polis untuk tindakan selanjutnya. Mangsa tikam Hospital Selayang diberi rawatan terbaik - Dr Zaliha
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa turut berkata beliau bersama Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman dan Pengarah Hospital Selayang Dr Afidah Ali serta pasukan doktor yang merawat mangsa telah bertemu keluarga mangsa.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula prosedur operasi standard (SOP) membawa pesakit psikiatri untuk mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkara itu penting kerana melibatkan keselamatan pesakit lain yang berada di premis sama.
Beliau berkata antara SOP yang perlu diperkemaskan ialah berkaitan penempatan pesakit psikiatri sewaktu mereka dibawa untuk mendapatkan rawatan selain ketika menunggu rawatan diberikan.
“Apa yang kita lihat sekarang pesakit psikiatri ini dalam keadaan emagitate/em (gelisah) di tempat awam, jadi dia boleh bertindak apa-apa sahaja," kata Dr Noor Hisham, dalam sidang media selepas hadir Program Inisiatif Pembedahan Global di Pusat Perubatan Subang Jaya, pada Rabu.
Menurutnya, proses atau SOP perlu diperkemas dan pesakit yang dibawa untuk mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Selayang
#Dr Sha'ari Ngadiman
#pesakit mental di wad kecemasan
#Unit Rawatan Rapi di Hospital Selayabg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan