awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INSKEN buka cawangan kedua di Sarawak, gilap potensi usahawan

Astro Awani
Astro Awani
02/10/2023
02:40 MYT
INSKEN buka cawangan kedua di Sarawak, gilap potensi usahawan
Ewon (tengah) merasmikan pejabat INSKEN di Sarawak yang terletak di tingkat 2, Sarawak Plaza Shopping Complex, Kuching - Foto INSKEN
KUALA LUMPUR: Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) melebarkan sayap ke Sarawak selepas tiga bulan bertapak di Sabah sebagai usaha memperhebatkan lagi bantuan kepada para usahawan, melalui pembukaan cawangan kedua di Sarawak Plaza Shopping Complex, Kuching.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin, pembukaan pejabat cawangan di Sarawak mampu memberi akses lebih mudah dan cepat kepada usahawan di negeri itu dalam mendapatkan bantuan latihan dan bimbingan daripada INSKEN, selain lokasinya yang strategik dan terletak di tengah bandar.
"Tambahan pula, Kampus INSKEN Sarawak ini dilengkapi dengan bilik latihan yang mampu memuatkan 30 peserta bagi setiap program.
"Justeru itu, INSKEN merancang untuk mengadakan program latihan dan bimbingan yang akan datang di Sarawak di bilik latihan tersebut, yang sekali gus dapat mengurangkan kos perbelanjaan bagi pelaksanaan sesebuah kursus.
"Inisiatif membuka cawangan di Sarawak ini juga adalah sejajar dengan saranan kerajaan agar potensi dan bakat usahawan di negeri ini digilap menerusi latihan keusahawanan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin selepas Majlis Perasmian oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.
Sebelum ini, Ewon memaklumkan sepanjang 2022, INSKEN berjaya melatih seramai 21,385 usahawan di seluruh negara, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 13,390 usahawan.
Mengulas lanjut, Muhd Firdaus berkata selain memberi kemudahan, pihaknya berbesar hati dapat menjalin kerjasama dengan Kerajaan Negeri dan organisasi di Sarawak bagi membangunkan usahawan dan memajukan ekonomi negara.
Tambah beliau, INSKEN peka dengan keperluan bagi merapatkan jurang dari segi ilmu keusahawanan khususnya kepada usahawan mikro dan informal di Sarawak.
Kampus INSKEN Sarawak akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Sebarang maklumat lanjut, usahawan boleh menghubungi Kampus INSKEN Sarawak di talian +6082 549816.
Topic Berkaitan
#Kampus INSKEN Sarawak
#usahawan
#Datuk Ewon Benedick
#Kerajaan Perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan