awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan

Astro Awani
Astro Awani
01/06/2023
12:27 MYT
INSKEN buka cawangan pertama di Sabah, sedia latihan usahawan
Ewon Benedick (tengah) hadir merasmikan cawangan pertama INSKEN di Sabah, baru-baru ini. - Foto INSKEN
KUALA LUMPUR: : Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) mengorak langkah ke hadapan dengan membuka cawangan sulungnya di Sabah sebagai usaha untuk mengalakkan lebih ramai individu mendapatkan latihan, sekali gus melahirkan usahawan di negeri itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Muhd Firdaus Azharuddin, INSKEN memandang kepentingan untuk tidak mengetepikan usahawan di Sabah yang harus dibantu, sama seperti usahawan di Semenanjung.
"Ini merupakan langkah yang tepat agar usahawan Sabah mendapat akses lebih mudah dan cepat untuk bertemu, berkomunikasi serta mendapatkan bantuan latihan dan bimbingan daripada INSKEN," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.
Jelas beliau, INSKEN juga berhasrat memudahkan usahawan di negeri bawah bayu itu yang tidak mempunyai kelengkapan teknologi maklumat (IT) dengan menyediakan ruangan kerja, komputer serta mesin pencetak.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata pengwujudan INSKEN cawangan Sabah adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk memastikan tiada mana-mana individu tercicir daripada mendapatkan akses keusahawanan.
"Tiada usahawan di Sabah yang ketinggalan disebabkan faktor geografi kerana INSKEN sentiasa bersedia turun padang dan membantu usahawan di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).
"Peranan ini amat besar maknanya dalam memajukan ekosistem keusahawanan di Malaysia," ujar beliau.
Ewon menambah sepanjang 2022, INSKEN berjaya melatih seramai 21,385 usahawan di seluruh negara, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan iaitu seramai 13,390 usahawan.
Kampus INSKEN cawangan Sabah mempunyai ruang pejabat untuk kakitangan, bilik latihan, serta empat ruangan kerja yang dilengkapi komputer dan mesin pencetak khusus untuk usahawan Sabah yang tiada kemudahan asas menjalankan perniagaan.
Terletak di Wisma IDS, Penampang, Kampus INSKEN Sabah beroperasi dari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.
Topic Berkaitan
#Institut Keusahawanan Negara Berhad
#Usahawan Sabah
#ekonomi malaysia
#Latihan keusahawanan INSKEN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan