Polis Sarawak berjaya menahan seorang pegawai berpangkat Inspektor yang menembak mati teman wanitanya kurang enam jam selepas kejadian.
Suspek ditahan berhampiran Pasaraya e-Mart Matang di Kuching kira-kira 9.35 malam Ahad oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sarawak.
Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansur, pihaknya kini menumpukan aspek siasatan kepada motif suspek berusia 30-an itu berbuat demikian.
"Berikutan penahanan suspek, tumpuan kini diberikan pada proses siasatan, termasuk mengenal pasti motif sebenar pegawai terbabit membunuh mangsa.
"Fokus siasatan bertumpu kepada masalah peribadi antara mangsa dan suspek," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
BACA: Polis Sarawak buru Inspektor disyaki tembak mati teman wanita
Bagaimanapun, Mazlan tidak menyatakan sama ada senjata api digunakan dalam pembunuhan itu dirampas daripada suspek.
Mazlan turut mengesahkan suspek bertugas sebagai Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga.
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang tadi, seorang wanita ditemui mati di rumah keluarganya di Kampung Kakai, Serian, dipercayai ditembak teman lelakinya yang juga seorang pegawai polis.
Bagaimanapun difahamkan mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, dikatakan berkahwin secara rahsia dengan suspek, yang juga seorang pegawai polis di Belaga tahun lalu, namun masih belum dikurniakan anak.
Siasatan awal mendapati suspek memasuki bilik tidur mangsa dan melepaskan satu das tembakan dan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Saga sejurus menembak mangsa.
Hakim Rahman
Sun May 21 2017
Difahamkan mangsa, Siti Nadirah Abdullah, 33, dikatakan berkahwin secara rahsia dengan suspek, yang juga seorang pegawai polis di Belaga tahun lalu. - Sumber foto: Polis Sarawak
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Langgar SOP: Pegawai, tiga anggota ditukar serta-merta - Ketua Polis Selangor
Penukaran serta-merta itu membabitkan individu berpangkat koperal, sarjan, sarjan mejar dan inspektor.
Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita
Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek.
Guna nama SPRM, inspektor, sarjan minta rasuah RM100,000 dari pegawai polis ditahan
Tiga individu termasuk Inspektor dan Sarjan ditahan kerana menggunakan nama SPRM meminta suapan sejumlah RM100,000 daripada seorang pegawai polis kononnya bagi menutup kes.
Inspektor minta suapan RM3,000, dipenjara 10 hari, denda RM15,000
Zakariah Kirinu, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Pegawai polis maut dengan kesan tembakan di kepala
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemukan maut dengan luka kesan tembakan di kepala di sebuah rumah di Jalan Selingsing hari ini.
Rasuah: Hukuman penjara tiga tahun terhadap bekas inspektor polis kekal
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM125,000 ke atas seorang bekas pegawai polis berpangkat inspektor yang didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah.
Inspektor, 2 lans koperal ditahan minta rasuah daripada suspek kes dadah
Seorang inspektor dan dua lans koperal polis ditahan kerana dipercayai meminta rasuah RM15,000 daripada tahanan sebagai balasan melepaskannya daripada kesalahan memiliki dadah.
Pegawai polis ditahan, disyaki rogol tahanan wanita
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan dan sedang disiasat selepas didakwa merogol seorang tahanan wanita di IPD Kota Bharu.
Kes bunuh Bangsar: Pegawai polis tular di lokasi kejadian tidak bertugas
Pegawai penyiasat jenayah Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kuala Selangor itu mengaku berada di lokasi kejadian, namun dia tidak membawa sebarang senjata api bersamanya.
Inspektor polis bersekongkol lepaskan suspek Macau Scam
Tindakan tatatertib sahaja tidak cukup kerana hukumannya tidak setimpal, kata Ketua Polis Negara.