awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor polis direman, bantu siasatan minta rasuah RM10,000

Bernama
Bernama
23/05/2018
04:25 MYT
Inspektor polis direman, bantu siasatan minta rasuah RM10,000
Pegawai polis itu ditahan susulan laporan daripada seorang bapa yang mendakwa suspek meminta wang balasan bagi mengurangkan jumlah pertuduhan ke atas anak lelakinya. - Gambar hiasan
Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari ke atas seorang pegawai polis berpangkat Inspektor bermula hari ini, bagi membantu siasatan kes meminta rasuah berjumlah RM10,000, tujuh hari lepas.
Perintah tahanan reman ke atas lelaki berumur 33 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasatnya di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.
Pegawai polis yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.10 malam tadi, di sebuah restoran di Taman Sentosa Villa, Kajang, dekat sini.
Menurut sumber SPRM, pegawai polis itu ditahan susulan laporan daripada seorang bapa berumur 44 tahun yang mendakwa suspek meminta wang balasan bagi mengurangkan jumlah pertuduhan ke atas anak lelakinya berumur 19 tahun.
Remaja berkenaan ditahan polis pada 3 April lepas kerana didakwa memiliki barang curi mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Lelaki itu mendakwa pegawai polis terbabit meminta wang balasan itu daripadanya pada 16 Mei lepas sebelum dia membuat laporan kepada SPRM cawangan Klang semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#barang curi
#Kajang
#Klang
#Mahkamah Majistret
#Pertuduhan
#polis
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan