SUNGAI PETANI: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan di bilik pejabatnya pada 28 Disember tahun lalu.
Tertuduh, Inspektor Mohd Maliki Azmi, 35, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen, Sungai Petani, hari ini.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan yang kini berusia 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 6.30 petang 28 Disember tahun lalu di dalam bilik pegawai penyiasat jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat.
Sementara itu, Mohd Maliki turut didakwa atas tiga pertuduhan berasingan mengikut Akta Seksual Kanak-kanak kerana melakukan amang seksual terhadap mangsa sama.
Semua kesalahan itu didakwa dilakukan ke atas remaja perempuan berkenaan pada tarikh, masa dan lokasi sama.
Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual dengan cara menyentuh kemaluan mangsa bagi tujuan maksud seksual.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Mohd Maliki juga didakwa atas pertuduhan memaksa mangsa memasukkan objek ke dalam alat sulitnya.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14(c) Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta yang sama.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa meyuruh mangsa menanggalkan pakaian dan menunjukkan badannya supaya dilihat tertuduh dengan niat seksual.
Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).
Jika sabit bersalah terhadap semua pertuduhan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu, Hizween Azleena memohon mahkamah menetapkan jaminan RM20,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan amang seksual.
Beliau turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis sekali sebulan dan menyerahkan dokumen perjalanannya sementara menunggu perbicaraan.
Bagaimanapun dalam rayuan tertuduh memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana dia hilang sumber pendapatan dan mempunyai isteri serta ibu bapa untuk ditanggung selain mempunyai hutang yang semakin meningkat.
Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM10,000 bagi pertuduhan rogol dan RM15,000 bagi pertuduhan serangan seksual.
Tertuduh bagaimanapun membayar jaminan tersebut.
Mahkamah turut menetapkan 6 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula.
Adie Sufian Zulkefli
Thu Jan 05 2023
Tertuduh, Inspektor Mohd Maliki Azmi mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan pada 28 Disember lalu.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima wang suapan berjumlah RM4,000
Seorang anggota polis berpangkat inspektor mengaku tidak bersalah terhadap lapan pertuduhan menerima suapan berjumlah RM4,000 tiga tahun lepas.
Inspektor polis antara tujuh ditahan disyaki larikan lelaki Bangladesh
Seorang inspektor polis antara tujuh individu ditahan disyaki terlibat melarikan seorang lelaki warga Bangladesh dari sebuah rumah pada 10 Jan lepas.
Inspektor polis mengaku tidak salah rogol remaja
Tertuduh didakwa merogol remaja perempuan 16 tahun dengan kerelaan mangsa menggunakan kedudukan berkuasa dimilikinya.
Dakwaan rogol dalam lokap, reman Inspektor polis disambung
Tahanan reman ke atas seorang pegawai penyiasat narkotik berpangkat Inspektor disambung selama tiga hari bermula hari ini.
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM1,500
Inspektor risikan di Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak itu membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim.
Inspektor polis direman empat hari bantu siasatan kes salah guna jawatan
Suspek didakwa menjatuhkan reputasi seorang lagi pegawai polis berpangkat inspektor dengan tuduhan berkhalwat.
Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu
Ibunya, Ruziah Jaini berasa terkilan kerana tidak dapat melayan perbualan anak sulungnya itu menerusi panggilan telefon bimbit.
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima rasuah RM3,000
Suapan itu sebagai dorongan bagi meringankan kesalahan seorang individu yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah pada Februari 2016.
Inspektor polis didakwa terima rasuah RM15,500 daripada seorang wanita
M. Krishnan, 33, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rozilah Salleh.