awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Instagram uji ciri 'gambar dalam gambar' untuk Reels

Amanz
Amanz
30/08/2025
04:40 MYT
Instagram uji ciri 'gambar dalam gambar' untuk Reels
Instagram sedang menguji ciri picture-in-picture (PiP) untuk tontonan Reels, membolehkan pengguna menonton video dalam tetingkap kecil sambil menggunakan aplikasi lain. -Foto Amanz
INSTAGRAM mengambil langkah untuk menyaingi TikTok dan YouTube dengan menawarkan ciri picture-in-picture (PiP) bagi tontonan Reels.

Ringkasan AI
  • Instagram sedang menguji ciri picture-in-picture (PiP) untuk tontonan Reels, membolehkan pengguna menonton video dalam tetingkap kecil sambil menggunakan aplikasi lain.
  • Ciri ini hanya melibatkan tontonan video dan boleh diaktifkan melalui butang baharu dalam tetapan main semula.
  • Belum ada tarikh pelancaran rasmi, namun ujian bersama pengguna terpilih menunjukkan pelancaran penuh mungkin semakin hampir.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menonton video dalam tetingkap kecil sambil menggunakan aplikasi lain sekali gus memudahkan mereka menjalankan pelbagai aktiviti serentak.
Instagram menjalankan ujian awal bersama pengguna terpilih untuk menilai keberkesanan ciri berkenaan.
Selain itu, mereka turut menambah butang baharu dalam tetapan main semula bagi memudahkan pengguna mengaktifkan ciri tersebut semasa menonton.
Ciri ini hanya melibatkan tontonan video dan tidak berkaitan dengan penciptaan kandungan.
Setakat ini, Instagram belum menetapkan tarikh pelancaran rasmi bagi ciri tersebut. Namun langkah ujian ini menunjukkan bahawa pelancaran penuh mungkin semakin hampir. -Amanz
Topic Berkaitan
#Instagram
#picture-in-picture PiP
#Reels
#video dalam tetingkap kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan