MALAYSIA
Institusi fatwa perlu bertindak secara kolektif, berdasarkan analisis dan kepakaran - PM Anwar

Anwar semasa pertemuan beliau dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang diketuai Muftinya, Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman hari ini. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Institusi fatwa perlu bergerak secara kolektif dan memastikan fatwa yang ingin dikeluarkan adalah hasil daripada perolehan maklumat serta analisis mendalam terhadap sesuatu permasalahan oleh golongan pakar dan berkelayakan.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang disentuh semasa pertemuan beliau dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang diketuai Muftinya, Profesor Madya Dr Mohd Sukki Othman hari ini.
"Tanggungjawab mengeluarkan fatwa adalah tugas yang luhur dan penting dalam menjawab serta menjelaskan hukum demi pencerahan dan kefahaman umat.
"Umat perlukan fatwa yang menepati realiti setempat dan juga zaman selain mewujudkan kemahiran baharu untuk berinteraksi dengan permasalahan dan isu semasa bagi manfaat umum," katanya menerusi hantaran di Facebook malam ini.Anwar berkata beliau dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang turut bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan ilmu khususnya hal ehwal fiqh, maqasid syariah dan ikhtiar mengukuhkan penyelidikan isu berkaitan fatwa.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami