KUALA LUMPUR: Institusi Raja Berpelembagaan adalah penting untuk dikekalkan bagi memastikan bahawa demokrasi berparlimen yang diamalkan negara ini sejak mencapai kemerdekaan terus terpelihara secara adil dan saksama.
Pensyarah undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Prof Madya Khairil Azmin Mokhtar berkata ini kerana institusi berkenaan bersifat neutral serta tidak berpihak kepada mana-mana parti dalam menentukan kerajaan yang akan mentadbir negara.
Beliau berkata menerusi sistem berparlimen, antara peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara adalah untuk melantik ketua kerajaan atau perdana menteri yang akan mentadbir negara ini.
"Sekiranya tiada raja, maka siapa yang akan mengambil kedudukan Yang di-Pertuan Agong (untuk melantik perdana menteri). Berbeza dengan negara republik kerana akan berlaku pilihan raya untuk memilih presiden (jawatan setaraf Yang di-Pertuan Agong) dan mungkin di situ ada perpecahan, ini tidak bagus kerana individu dipilih sebagai presiden sudah tentu dapat sokongan orang tertentu.
"Bila ada raja maka ada kesinambungan dan tidak perlu pilihan raya untuk rakyat pilih ketua negara, cuma ada pilihan raya untuk memilih kerajaan," katanya ketika menjadi tetamu pada program "Apa Khabar Malaysia" terbitan Bernama TV hari ini.
Khairil Azmin berkata keunikan peranan Yang di-Pertuan Agong adalah apabila berlaku situasi Parlimen tergantung, yakni sekiranya tiada mana-mana parti memperoleh kemenangan majoriti pada pilihan raya umum (PRU).
Beliau berkata apabila ia berlaku Yang di-Pertuan Agong akan bertindak mengikut nasihat mahupun budi bicara dalam memperkenan pelantikan perdana menteri serta pembentukan kerajaan, pasca PRU.
"Kita mengamalkan demokrasi tetapi ia bukanlah satu sistem yang complete (lengkap). Satu daripada kelemahan demokrasi berparlimen adalah jika tiada majoriti maka siapakah perlu dilantik sebagai perdana menteri.
"Di sinilah terletaknya keunikan dan kecantikan institusi Raja. Yang di-Pertuan Agong sebagai teratas dalam politik akan memilih orang paling layak yang mendapat sokongan dalam (kalangan Ahli) Dewan Rakyat, menunjukkan fungsi Yang di-Pertuan Agong untuk memelihara demokrasi," katanya.
Selain itu, beliau berkata kepentingan serta keunikan fungsi Yang di-Pertuan Agong adalah untuk menyatukan semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama malah memelihara agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini.
"Jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak wujud sebelum merdeka dan institusi ini dijadikan simbol kemerdekaan kerana kita arif bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah simbol perpaduan. Baginda menyatukan semua rakyat tanpa mengira bangsa, kaum dan agama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Menerusi sistem berparlimen, antara peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara adalah untuk melantik ketua kerajaan atau perdana menteri yang akan mentadbir negara ini. - Gambar fail
Final Jelajah Dunia BWF: Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang RM445,089
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bergelar naib juara selepas tewas kepada pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong pada final Jelajah Dunia BWF.
Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan
Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit.
Pindaan perlembagaan PKR: Buka ruang lebih ramai ahli memilih pimpinan tertinggi parti - Fahmi
Pindaan perlembagaan PKR berhubung proses pemilihan parti yang diluluskan hari ini membolehkan lebih ramai ahli daripada pelbagai latar belakang terlibat dalam proses pemilihan kepimpinan tertinggi.
Perkenal kuota etnik, wanita dalam perwakilan parti langkah berani PKR - Saraswathy
Saraswathy berkata, ia mencerminkan komitmen PKR dalam memastikan keadilan sosial serta kesaksamaan dalam sistem politik negara.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Untuk Olimpik LA2028, ISN telah diberi sejumlah peruntukan bagi melihat cara untuk memperkasa lagi R&D untuk prestasi atlet.
Keputusan letak jawatan demi perkukuh PN - Ahmad Samsuri
Ahmad Samsuri menafikan peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung PN berpunca daripada keretakan dalam gabungan berkenaan.
Hutang RM1 juta: Mara gesa Che Ta, anak hadir ke pejabat
Mara menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Gabungan dalam kerajaan kena hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.