awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insurans Kampungku untuk penduduk di kawasan berisiko bencana

Astro Awani
Astro Awani
28/11/2017
11:06 MYT
Insurans Kampungku untuk penduduk di kawasan berisiko bencana
Premium yang dikenakan untuk polisi insurans Kampungku hanya RM50 setahun.
Penduduk di kawasan berisiko banjir disaran mencarum polisi insurans 'Kampungku' yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai sebahagian langkah kesiapsiagaan berdepan bencana itu.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata polisi insurans 'Kampungku' mampu meringankan beban mangsa-mangsa banjir atau bencana lain yang terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan pada kediaman serta tanaman mereka.
Sehubungan itu, kata beliau, kementeriannya akan berusaha menarik lebih ramai penduduk di kawasan berisiko untuk menyertai polisi tersebut.
"Langkah mengambil polisi insurans ini sepatutnya menjadi satu tabiat dan budaya dalam kalangan masyarakat kita memandangkan bencana boleh datang pada bila-bila masa.
"Apabila adanya polisi insurans ini, rakyat terjejas dengan bencana banjir boleh menuntut kerugian mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan program stimulasi pengurusan pusat pemindahan banjir di pusat pemindahan banjir Kampung Pasir Gajah, Kemaman pada Selasa.
Tambah Ahmad Shabery, pencarum polisi insurans bencana yang dikendalikan Syarikat Allianz General Insurance (Malaysia) Berhad sejak tiga tahun lalu menyalurkan bantuan segara RM1,000 kepada mangsa banjir serta RM10,000 membabitkan bencana kebakaran atau tanah runtuh.
"Pampasan dibayar dalam masa 96 jam dari tarikh kejadian berlaku selepas mendapat pengesahan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Katanya, di Kemaman sahaja seramai 3,478 penduduk Kemaman mencarum polisi ini dengan premium sebanyak RM50 setahun.
Topic Berkaitan
#Ahmad Shabery Cheek
#banjir
#Kemaman
#mangsa
#mangsa banjir
#mangsa kebakaran
#mati lemas
#pusat pemindahan
#rakyat
#Shabery Cheek
#tanah runtuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan