GADGETS
Intel sahkan pengumuman kad grafik Arc Battlemage Pro pada acara COMPUTEX

Intel akan memperkenalkan siri kad grafik Intel Arc Pro baharu di COMPUTEX, termasuk model dengan 24GB memori GDDR6. -Amanz
BEBERAPA minggu lalu kami telah melaporkan bahawa Intel mungkin akan memperkenalkan sebuah kad grafik Arc Battlemage baharu yang akan hadir dengan 24GB memori GDDR6 terbina.
Ringkasan AI
- Intel akan memperkenalkan siri kad grafik Intel Arc Pro baharu di COMPUTEX, termasuk model dengan 24GB memori GDDR6.
- Kad grafik ini menggunakan cip grafik Intel BGM-G21 yang sama dengan kad grafik Intel Arc B580.
- Kad grafik Intel Arc Pro B60 akan dipasarkan untuk kegunaan profesional seperti suntingan video, olahan objek 3D, dan pembangunan teknologi kecerdasan buatan.
Berkemungkinan besar model paling berkuasa dalam siri ini akan hadir dengan jumlah memori 24GB GDDR6, kerana ia juga dilaporkan bahawa kad grafik ini akan menggunakan cip grafik Intel BGM-G21 sama yang digunakan dalam kad grafik Intel Arc B580 yang dilancarkan pada awal tahun ini.
Satu perbezaan ketara yang diperlihatkan pada kad grafik ini, yang mungkin akan dinamakan sebagai Intel Arc Pro B60 ialah ia nampaknya tidak akan dipasarkan sebagai kad grafik untuk gaming, tetapi sebaliknya untuk tujuan profesional seperti suntingan video, olahan objek 3D ataupun pembangunan teknologi kecerdasan buatan. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami