awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

iOS 18 boleh beri amaran jika guna pengecas perlahan

Amanz
Amanz
12/06/2024
05:00 MYT
iOS 18 boleh beri amaran jika guna pengecas perlahan
Apple mula memberi amaran jika iPhone dicas dengan perlahan. -Amanz
RAMAI beranggapan pengecasan pantas boleh menjejaskan jangka hayat bateri dengan mendadak, tetapi sebenarnya ia hanya sedikit sahaja.
Jika telefon pintar mahal telah dibeli tetapi tidak ingin memanfaatkan ciri menarik, kenapa beli?
Berdasarkan pemantauan saya, perkara ini kerap berlaku dalam kalangan pengguna iPhone, lagi-lagi yang kerap merisaukan peratus kesihatan bateri.
Akan datang, anda pasti akan menggunakan pengecasan pantas kerana Apple mula memberi amaran jika iPhone dicas dengan perlahan.
Dalam iOS 18 Developer Beta 1, seorang pengguna Reddit menerima amaran pada bahagian tetapan bateri iPhone beliau memaparkan amaran “Slow Charger” apabila menggunakan pengecas 5W pada iPhone 15 Pro Max.
Terdapat pautan khas ke laman Apple Support tetapi artikelnya masih belum diterbit jadi punca sebenar kenapa amaran ini dipaparkan adalah tidak jelas.
Sejak iPhone 8, walaupun Apple masih memberikan pengecas 5W semua iPhone telah mula menyokong pengecasan pantas Power Delivery dari 18W sehingga 27W.
Teknologi pengecasan pantas sekarang telah bijak dalam menguruskan haba ketika pengecasan, aliran elektrik dan juga cip memberhentikan pengecasan.
Pengecasan yang sangat perlahan pun boleh menyebabkan peranti memanas dan mendatangkan kerosakan tidak diingini.
Jalan penyelesaian terbaik adalah pertama jangan gunakan kabel USB-A ke USB-C/Lightning sebaliknya gunakan USB-C ke USB-C/Lightning bersama pengecas USB-C yang menyokong PD/GaN/MFi.
Turut elakkan pengecasan melalui laptop kecuali jika laptop tersebut ada ciri power bank terbina.
Sama-sama kita nantikan kemas kini Apple Support untuk mengetahui lanjut perkara yang jelas mengenai hal ini. -Amanzhttps://amanz.my/2024459453/
Topic Berkaitan
#Apple
#iPhone
#pengecasan perlahan
#pengecasan pantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan