awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPCMC: Anggota polis tak bersalah tak perlu khuatir - Dr Mahathir

Nailah Huda
Nailah Huda
14/05/2019
11:10 MYT
IPCMC: Anggota polis tak bersalah tak perlu khuatir - Dr Mahathir
Dr Mahathir pada sidang media selepas pelancaran myPortfolio:Panduan Kerja Sektor Awam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Anggota polis yang tidak melakukan kesalahan, tidak perlu khuatir dengan penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri memberi jaminan demikian sambil melahirkan rasa syukur isu bantahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap penubuhan IPCMC berjaya diselesaikan.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Pusat Governans Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Ketua Polis Negara baharu Datuk Seri Hamid Bador kerana berjaya menyelesaikan isu itu.
"Kedua-duanya telah berjaya berbincang dan menjelaskan kepada wakil persatuan-persatuan polis tentang kepentingan untuk mewujudkan IPCMC bagi memulihkan imej PDRM di mata rakyat.
“Saya percaya, dengan penubuhan IPCMC, bukan hanya imej, malah kebajikan pihak polis juga akan turut dibela,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) kali ke-8, di sini, hari ini.
BACA: IPCMC ditubuhkan hujung tahun ini - Muhyiddin
BACA: PDRM akan jumpa PM berhubung bantahan terhadap IPCMC
Dr Mahathir berkata, kedua-dua pihak telah berjaya menjelaskan kepada wakil persatuan-persatuan polis tentang kepentingan mewujudkan IPCMC bagi memulihkan imej PDRM di mata rakyat.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rang undang-undang berhubung IPCMC akan dibentang pada sesi Parlimen akan datang dan penubuhannya dijangka akan selesai pada hujung tahun ini.
Topic Berkaitan
#IPCMC
#JKKMAR
#Mahathir Mohamad
#Muhyiddin Yassin
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan