IPOH: Bandar raya Ipoh terpilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Lost World Of Tambun, 4 Mei ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan majlis itu.
Menurutnya, pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.
“Kita akan saksikan, ada bom air, ada helikopter, ada ular sawa, ada abang-abang sado. Semua akan turun ke Ipoh,” katanya ketika berucap pada majlis jamuan Hari Raya DAP Perak bersama media di sini, malam tadi.
Menurut Nga, tugasan dan tanggungjawab anggota bomba sekarang semakin mencabar, bukan hanya memadamkan kebakaran, malah pelbagai tugasan untuk membantu rakyat, termasuk menangkap buaya.
Sehubungan itu, katanya, buat pertama kali, KPKT telah menyediakan dana terbesar dalam sejarah sebanyak RM267 juta tahun ini untuk membeli peralatan yang diperlukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Menurutnya, peruntukan itu bagi pembelian pelbagai aset, termasuk 150 jentera kompak atau compact fire rescue tender (CFRT) bernilai RM147 juta.
“Peruntukan yang tertinggi dalam sejarah ini juga sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada wira-wira merah negara kita,” ujarnya.
Selain Sambutan Hari Bomba Sedunia 2024 Peringkat Kebangsaan, Kor Ming berkata, Perdana Menteri juga dijangka merasmikan Taman Rekreasi Madani pertama negara yang terletak di Parlimen Tambun.
Beliau berkata, KPKT membelanjakan RM50 juta untuk membina 100 taman rekreasi awam di seluruh negara, termasuk 22 di Perak.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Apr 20 2024
Nga berkata, buat pertama kali, KPKT menyediakan dana terbesar dalam sejarah sebanyak RM267 juta tahun ini untuk membeli peralatan yang diperlukan JBPM Malaysia. - Gambar fail/KPKT Malaysia
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Dengar 'suara' belia, iktiraf mereka sebagai penyambung legasi
Suara belia tidak harus dipandang enteng malah penglibatan golongan ini perlu diperluas terutama dalam isu kemasyarakatan dan politik sesuai peranan mereka yang 'sering' digelar pemimpin masa hadapan.
Ipoh tuan rumah sambutan Hari Bomba Sedunia 2024
Pelbagai acara menarik telah disusun, antara lain mempamerkan kehebatan dan ketangkasan anggota bomba.